Pages

Wednesday, February 24, 2021

My sweet fingers - bunga2 dulang, potpouri dan sirih junjung moden.





Gambar introduction setelah sekian lama tak mengubah. 
cantik tak?
hehehehee..


Dah lama sungguh tak melembutkan jari jemari yang dah mula kaku ni. 
dah lama tak gubah mengubah. 
dah lama tak buat exclusive hampers sempena hari raya. 
dah terdetik di hati nak kemaskan my workshop.
kira nak tutup buku lah. 
hajat hati nak sedekah je lah kat sesiapa yang berminat nak mengubah2 ni.
banyak ribbons yang cumel ada dalam my collection. 
nak mengemasnya tu asyik bertangguh. 
then all the sudden masa i kat dapuq dapat call.
"Kak boleh tak gubahkan bunga dulang".
"kakak saya nak akak gak yang buat".
permintaan dari kawan yang boleh dikira hampir separuh dari adik beradik nya kalau nak menikah selalu menempah hantaran dari i. 
bila permintaannya tu agak simple i bersetuju even short notice je. 
almost a week je sebelum nak collect. 
sabar je kan. 


so i ajak lah Abang Irfan ke AEON nak cari bunga2an. 
need helper lah kan. 


nak yang warna putih2. 


jenuh lah mencari dan memilih. 
bunga yang dihajati tak de. 
nak cari ke tempat lain mungkin agak susah musim COVID ni. 
akhirnya ambik lah yang similar dgn apa yang diinginkan. 


so dapat lah bunga yang sebegini. 
dah i gubahkan lah untuk dijadikan bunga dulang. 


ok kan. 


nak nya cuma 6 jambak saja. 


simple je gubahannya. 
kejap je i siapkan. 
tak sampai setengah malam selesai. 

then pengantin mintak gak dibuatkan bunga tangan. 


since bunga dulang tu dah putih2 sangat.
then hand bouquet tak nak lah warna putih2 lagi kan. 
even nak guna waktu nikah. 
so to make it cantik dan berseri i guna kan warna bunga yang macam ni. 
ada pink2. 
ada orangy2. 
biat menarik. 


campur2kan dengan bunga kecik2 tu. 



i tambahkan dengan kain lace di bahagian pemegang. 
so dah settled lah apa yang dimintak. 
since tak de apa yang boleh diberi sebagai hadiah buat pengantin i decided to make bunga rampai modern mengguakan potpouri dan boleh diberi pada pikah lelaki sewaktu majlis akad nikah nanti. 
payah lah untuk i guna pandan sebagai bunga rampai. 
then ada banyak lagi bunga kering dalam simpanan maka i berhajat nak buat. 


masih banyak lagi. 
so sesiapa yang nak buat potpouri nanti boleh je i buatkan. 


then i ada this. 
i pun tak tau nak panggil apa. 
nampak cam cartoon2 gitu kan. 
but it is so cute to my eyes. 


ada berjenis ribbons. 
so ambik this color. 


tak de kain net. 
dah habis. 
i guna je dolly paper. 
kena creative lah kan. 


tepek kan cam ni. 
pandai2 lah. 


pengantin tu dah i bubuhkan sikit penyeri. 
letak lah bunga plastic kat situ. 


tadaaaa..
dapat lah i buat kan sebanyak 24 batang. 
katanya pihak lelaki dalam 20 orang. 
ok sangat lah kan. 


ingat dah settle. 
ya ampunnnn.. 
selesai bunga rampai baru i teringat yang depa ada tempah 1 simple bouquet untuk sirih junjung. 
waduhhh.. 
bunga2nya tak ada. 
terpaksa sekali lagi i ke AEON. 
pergh..
malas sungguh nak keluar. 
tapi kena gak lah kan. 
dah i sambar je lah mana ok. 


ini lah hasilnya. 
nanti bila dah dapat kat diarang tinggal selitkan sikit daun sireh. 
then lepas ni pengantin boleh je guna sebagai hiasan di rumah. 
so tak membazirlah kan. 
i guna je kotak kayu yang ada dalam simpanan i. 
guna je yang tu. 
still nampak cantik kan. 

waktu bagi tau nak bagi hadiah bunga rampai merayu lah pulak mintak dibuatkan another potpouri untuk majlis doa selamat berkhatan. 
pulak.. 
alhamdulilah i pun menggali2 lah kain2 yang ada. 
dapat lah gak kain net yang terselit2. 
nak dalam 30 potpouri. 
i kata i cuba. 
color up to me. 


tadaaa..
kita guna warna chocolate. 
banyak ribbon kaler ni yang masih tak terpakai. 


siapa yang dapat boleh lah gantung di mana2. 
kereta pun ok. 
dalam bilik pun ok. 


i just bought Teddy's Dream dari Lovely Lace. 
wahhh..
sedapnya bau dia. 

Syukur majlis dah berlangsung January 8, 2021 lepas. 
pengantin happy sangat. 
i pun happy gak lah kan. 
alhamdulilah jemari i masih lembut. 
tetiba rasa tak nak bagi kat orang lah apa yang i ada tu. 
simpan dulu. 
mana tau ada majlis aqiqah ke nanti . 
ecehhhhh. 
insyallahhhh..

* i ada gak blog for my sweet fingers ni. 
boleh tengok SINI ye. 
cuma blog ni memang tak terjengah since long back. 

8 comments:

  1. wahhh very cantik! memang boleh buat upah hias dulang ni

    ReplyDelete
  2. Cantik gubahan Yan. Memang tangan berseni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tq kakcik. boleh lah takat tolong2 sedara mara dan kawan2 tu.

      Delete
  3. SA kan bab gubah2 ni dah surrender lama dah..adik2 semua dah kahwin...cantik semua2 tu Kak Yan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah akak buat yg simple cam ni. ALHAMDULILAH.

      Delete
  4. cantik sangat. suka sangat beg potpourri tu ... so cute..

    ReplyDelete