Pages

Monday, May 18, 2020

Resipi Serunding Kelapa NekMinah






Salam buat semua. 
subhanallahh.
lama tak berjengah ke sini ye. 
dah nak dekat raya dah kita ni. 
sure memasing dah mula bersiap2 nak sambut raya dalam suasana yang sangat berbeza kali ni. 
dalam duka ada suka. 

sambutan dalam keadaan yang dibelengu dek wabah ni pertama kali kita hadapi. 
ramai yang mungkin tak dapat berkumpul dgn mak ayah.
ALHAMDULILAH me pulak syukur sangat yang kedua mak ayah ada bersama. 
even kami tak dapat merayakan eid kali ni di kampung. 
suasana dah tentu2 sangat berbeza. 
tapi dah kita terbiasa dengan dah tak keluar rumah almost 2 months ni rasanya ok saje kot. 

me pulak since anak2 dah memang berkumpul semua dari  March 15, 2020 memang bersyukur sangat lah. 
tak dapat dibayangkan puasa sebulan dgn mereka masih stuck di negara orang then sambut raya di sana. 
ALLAH memang maha pengatur hidup kita. 
Apa2 pun syukur sangat. 

well, tentang sambutan eid kami buat ala kadar saja. 
masak lah sikit2 yang teringin di tekak. 
tengah berkira2 nak buat BERASAK ke tidak. 
anak2 tetap bertanya buat ke tidak. 
kita tengok lah nanti ye. 

bila ada berasak kalau dulu2 Mymommi suka sangat buat SERUNDING KELAPA. 
serunding ni maybe kurang lebih serunding yang kita biasa makan. 
but Mymommi punya recipe maybe slightly lain. 
and we love it so much. 

semalam waktu berbuka i buat lah SERUNDING ni. 
and noticed all my kids suka sangat. 
seems hubby pun suka. 
jadi i nak lah share the recipe kat sini. 
lagipun takut lupa lah nanti kalau tak simpan kat sini. 


we all makan dengan LONTONG.


padan gak dengan rendang tok yang dibeli hubby dari kawannya. 


ni setakat hias2 je. 
i makan tambah lagi serunding tu. 
mmg kena banyak. 
baru kick. 


serunding ni kena sedikit basah atau lembab lah. 


then i masakkan pulut sebab nak buat PULUT SERUNDING. 


sedap sangat di tekak kami anak beranak. 


ok i share ye. 
sayangnya kesemua gambar yang i ambik terdelete maybe. 
scroll balik mmg tak ada langsung gambar yang beriya2 i ambik tu. 
pelik gak ni. 
tak pe i tetap sharekan di sini ye. 


paling penting kena ada JINTAN dan KETUMBAR. 



Bahan2 untuk serunding. 

3/4 cawan MINYAK MENUMIS
1 biji KELAPA PARUT PUTIH
3 sudu besar JINTAN MANIS
2 sudu besar KETUMBAR.
2 sudu besar CILI BLEND
4 biji GARLIC
6 biji BAWANG MERAH
2 inci LENGKUAS
3  batang SERAI (2 ditumbuk halus, 1 ketuk2 je)
1 1/2 gengam UDANG KERING
80 gm GULA MELAKA (anggaran separuh gula melaka tu)
3 sudu besar AIR ASAM JAWA


Cara menyediakannya. 

1. Tumbuk  JINTAN dan KETUMBAR tak nak halus2 sangat ye sebab nak rasa ada jintan bila memakan nya.  
2. kalau nak kisar pun ok bahan2 BAWANG, GARLIC, SERAI, dan LENGKUAS tp i suka tumbuk je. 
3. tumbuk sekali UDANG KERING.
4. Panaskan minyak dan tumislah. tengok video bawah ni. 
5. ingat ye. jangan terlalu kering. biar sikit lembab. 


dah siap...

SELAMAT MENCUBA. 

10 comments:

  1. Sedapnya nampak serunding kelapa dengan pulut tu.
    Thanks kongsi resepi.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..serunding kelapa & rendang tok..

    ReplyDelete
  3. sama lah kak resepi serunding kelapa mak dana pun bahan nya gini...
    kadang kalau takde udang kering baru mak guna bilis ...
    serunding tu kene ada rasa pedas sikit masin n manis... kalau takde rasa manis memang tak kick gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat. adik akak tak suka ikan bilis tu yang guna udang. mmg sedap kan Dana.

      Delete
  4. serunding kelapa...terus teringat mak kat kg Pontian. Fav mak ni.
    tahun ni tak dapat jumpa mak masa Raya..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun orang Pontian. tapi mak abah dah tak duduk Pontian. balik time nak raya je. then tahun ni langsung tak boleh balik ye.. sedih sangat. raya di kampung is sooo different.

      Delete
  5. Replies
    1. ingat nak buat lauk raya tadi mulan. tak jadi sebab serai yelek.

      Delete