Pages

Tuesday, November 12, 2019

My favorite kuih Melayu





suka sangat makan kuih2 melayu.
Kuih tradisi.
Sebab saya suka manis2.
Adoiii.. 
mudah2an dijauhkan dari penyakit yg berkaitan kan.
lagi suka kalau any kuih berintikan kelapa gula melaka.

berpeluang singgah ke Warung Kuih di Seksyen 20, Shah Alam.
I pun singgah di satu warung ni. 
mak aiii.
banyak sungguh pilihan hati. 


Ini Koci Pulut Hitam.
dap ehhhh..


ini Kuih Koci Labu. 


Inti dah pasti Kelapa Parut Gula Melaka tu kan. 


Ini pulak Tepung Gomak. 
Inti?
Ye Kelapa Parut Gula Melaka tu kan. 
sedapppp.


Kuih Traffic Light ni pun i suka. 
Apa nama kuih ni ek?
Kuih Peria ke?


Dah lah cantik, sedap pulak tu. 
Kadang2 orang letakkan inti kacang hijau kan. 
tapi yang ni, Kelapa Parut Gula Melaka tu. 
Ya ampunnn. 
dap ehhh. 
itu yang kat warung tu lah. 


Ini satu lagi. 
tapi i tak sure apa nama kuih ni. 
lagi sedap kalau badannya lembut2 sikit. 
tak terlalu keras aka liat.



tengok apa inti nya.. 
yesss..
Kelapa parut dengan gula melaka/merah.


ini..
Pulut Inti.


Pulut lembut.
Inti manis. 
lemak.
yang penting inti tu tak bersepai. 
faham kan bersepai. 
macam tak bersatu gitu dengan gula melaka. 


Ini satu lagi. 
pun i tak tau nak panggil apa. 
makan kat Dua Onde. 


inti pun superb lah. 
sukaaaaa sesangat. 
tetiba lapar pagi ni. 

apa2 pun paling penting inti dia. 
kena manis. 
kena lemak. 
perghhhh..

Satu lagi KUIH KETAYAP.
tapi kalau terbeli yang jenis jual kuih tangkap muat je sure cam menyesal2 je beli. 
kalau dah pernah beli kat suatu tempat tu then menepati citarasa memang tak nak beli kat tempat lain. 

Anyway, makan benda2 manis ni jangan terlalu kerap lah kan. 
kena berhemah. 
walau pun anak tekak kesedapan dan keseronokan. 
kena beringat2. 
INSYALLAHHH..

36 comments:

  1. Wah...semuanya sangat menggamit selera... :)

    ReplyDelete
  2. Kuih-kuih melayu tak pernah mengecewakan . satu kuih pelbagai jenis inti pun ada . kuih koci labu tu saya tak pernah rasa lagi .

    ReplyDelete
  3. i pun suka kuih melayu.. especially kuih2 yg susah nak dapat zaman skrg
    actually, kuih traffic light tu kalau orang melaka panggil "kuih ku" tapi bentuk kuih ku kecik sikit dari yg dlm gmbr tu. Tepung Gomak tu pn kuih asal melaka. OMG! semua sedap2 kuih pilihan u sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke. i pun baru je makan kuih traffic light tu. tp mmg suka yang berintikan kelapa lah.

      Delete
  4. tekak and taste kita sama laa kak...agaknya org yg lahir bln julai ni taste dia sama kot heheheheh

    ReplyDelete
  5. Sedapnya..kita suka kalau penjual tak guna isi kelapa yang dah diperah santannya. Barulah pure asli rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anis. kalau pakai kelapa yang dah perah tu, itu menipu namanya.

      Delete
  6. mcm2 kuih tu..sedap2 belaka..kuih peria tu femes kt kelantan..kuih bom tu tp kalo kt kelantan inti kacang merah..kalo org luar inti kelapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap2 kan.. apa kuih yang berintikan kelapa ni mmg akak suka sangat2..

      Delete
  7. kiranya semua kuih situ inti nya kelapa manis ye kak, sedapnya dana pun suka kuih melayu gitu...
    yang kuih ada bijan tu dana panggil kuih bom, ada panggil kuih bomm bijan, dana penah dapat yang inti kacang hijau memang tak kene ngn selera ehehhe... kuih peria tu kalau belah pantai timur inti kacang merah... takde inti kelapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih peria inti kelapa sedap sangat Dana. suka akak.

      Delete
  8. Its a great pleasure reading your post.Its full of information I am looking for and I love to post a comment that "The content of your post is awesome" Great work. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do with your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete
  9. Kuih kosi pulut hitam susah nak tolak..sebab antara kegemaran PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan.. lagi2 kalau lembut tepung nya tu.. laju je masuk mulut satu lepas satu.

      Delete
  10. Ya ampun.. kalau dapat koci pulut dengan koci labu ni.. memang dok hadap kat dia je.. Boleh share lokasi warung ni?... memang nama Warung kuih ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. OP Warung ni kat seksyen 20 shah alam. memang area orang jual kuih2 waktu tengahari sampai petang.
      macam2 ada. mmg best sangat.

      Delete
  11. kuih traffic light tu ja belum penah makan. atau pun sebab dia takda kat kedah? hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke.. akak beli kat area orang jawa masa tu.
      maybe kuih orang jawa kot.

      Delete
  12. Bestnya ada jual kuih peria. Dah lama mengidam nak makan. Kuih kuih dlm gambar tu sume sedap. Klw makan ada geng lagi sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih peria tu makan masa pegi majlis orang jawa.. tu yang dapat makan. banyak jual kat area orang jawa.
      betul sangat tu. sedap je makannya.

      Delete
  13. Kuih muih tradisional melayu ni kebanyakannya manis2.
    Tu yang ramai kena diabetis

    ReplyDelete
    Replies
    1. upsss.. jangan lah wak.. kena makan banyak ulam2 pahit tu. esp peria katak. ok lah tu.

      Delete
  14. i suka yg talam menalam tu.
    lemak manis lembut berkrim huwa huwa..celik mata

    ReplyDelete
  15. Saya pun suka kuih2 manis. Kalau tak manis bukan kuih namanya...

    ReplyDelete
  16. SA punsuka kuih2 melayu kak cuma kurang skit kalau yang manis- manis, apapun SA suka kuih koci pulut hitam tu...dapnyeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang tak suka manis memang tak boleh pi lah kan. akak memang suka manis2.

      Delete
  17. bergigih datang cni nak tgk kuih peria tu...hehehe...teringin nak tgk isi dlm dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. nnt i uploadkan kalau inti dia kelapa ye. I love it so much.

      Delete