Pages

Wednesday, November 28, 2018

Ke Kampung Naga, Tasik Malaya, Garut 2 - Bandung Day 2




October 28, 2018 - Sunday




Kita sambung balik ke cerita i di Kampung Naga ye.. 
Tapi baca yang ada di   S I N I   dulu ye. 
imbas kembali ye.

Memang panjang cerita di Kampung Naga ni. 
Al maklumkan cerita bergambar. 
kalau tak de gambar, mau susah gak i nak bercerita. 


Si Ijad ni bawak kami keliling kampung sambil berkongsi info.
Menuruni tangga yang berbatu  - batu ( batu dari sungai ) membuatkan i terlalu berhati2. 
seram lah kalau terjatuh. 
Memang cuba mengelakkan daripada musibah seperti tu. 

Auntie Aini pulak steady je. 
Tak payah nak pegang2. 
I pulak alhamdulillah ada Abang Luqman. 
Memang bergantung harap pada dia. 
kami melalui jalan di tepi2 rumah penduduk kampung ni. 
Ada banyak padi2 yang dijemur di sini. 


ada yang menjaga daripada jadi habuan si ayam.


cantik susunan rumah2 yang ada di Kampung Naga ni. 
Batu2 tu disusun rapi since long back. 
Dah bertahun2 dah tu. 
Seperti tak terusik gamaknya. 


kami melewati kawasan ini. 
Abang Irfan dimintak menulis nama2 kami di buku tetamu.
Ye lah.
sebagai tanda yang kami dari Malaysia ini berkunjung ke Kampung Naga. 
Hebat gak diarang ni. 
Ada buku tetamu tau.
Tapi memang dah banyak jugak cerita Kampung Naga ni di Youtube. 
I also took some infos from Youtube about this village. 


ada surau di sini.
kiranya muat lah untuk seisi kampung kot. 
Tapi ada gak info yang i dapat dari some links lah mengatakan penduduk kampung ini berugama Islam. 

Tapi Islam turun temurun yang masih mengamalkan atau menitik beratkan adat lah. 
Ada yang mengatakan mereka tidak bersolat 5 waktu tapi hanya bersolat pada hari Jumaat. 
Fakta ni i tak berani nak mengatakan benar tapi ada 2 3 sites yang memaklumkan akan hal ini. 
Kalau menurut mata kasar i lah, rata2 wanita di sini tidak bertudung langsung. 
Anyway, i can make any judgement about this. 
Orang2 alim di sana pasti lebih maklum akan hal ni. 
Tapi ni memandang dan buat lah perbandingan dengan akal fikiran dan pengetahuan kita. 
Semoga ALLAH memberkahi mereka dan kita semua. 


bersih dan cantik di dalam ni. 
rasa macam best sangat dapat rehat2 di sini. 


katanya masjid ini pernah dibuat renovation selepas kejadian kebakaran. 


Mimbar. 


Gong dan kentung. 


Sekedar kenangan di sini. 


Ini gong ye..
i pun dah tak ingat dah. 


sebelum masuk, ruang untuk ambik air sembahyang. 
memang orang perempuan pelik lah kalau nak amik kat sini. 
Memang susah kaum wanita nak bersolat di sini. 
Too open. 
tapi mereka ni sudah terbiasa dengan situasi ini. 


penduduk kampung menjemur padi mereka di hadapan kawasan masjid ni. 


tak lama kami meninggalkan kawasan rumah2 ni. 
waktu ni hari macam dah nak hujan.
cepat2 diarang ni menarik tampi2 padi ni. 


pemandangan rumah2 mereka. 


dalam kolam ni penuh ikan2. 
so diarang boleh ambik ikan2 di sini bagi kegunaan sekampung. 


sungai yang pada ketika ini airnya agak cetek. 


sekali lagi memandang ke sini. 


ingat tak ibu yang ke kebun tadi. 
Masa ni dia pun dah balik dan terserempak dengan kami. 
dan melihatlah kami apa yang dibawak balik dari kebun tadi. 
ada cili api, ada ubi, ada lengkuas.
ini katanya buat kegunaan di rumah. 


saying good bye to this place. 
what a wonderful and peaceful kampung. 
i suka sangat. 



Abang Luqman menahan bapak ini untuk membeli jualannya. 
i pun tak ingat apa nama makanan nya. 


sambil menuju ke tangga2 tadi yang kita turun tu. 


sebelum tu. 
Abang Irfan nak beli  Air Cincau katanya.


dari Cincau Hijau. 
Sebenarnya dari pokok tau cincau ni. 
Kalau tengok dari bekas ni, rasa2 macam tak nak beli. 
tapi anak2 i kan dah terbiasa dengan keadaan ini. 
Maka i pun ikut je lah. 
I m sure ok je. 
kalau tak sesuai di perut, keluar lah dia nanti. 
hehehehee..
INSYALLAHHH


Air santan yang sudah bercampur dengan ice. 
then ada air gula merah tau. 
ada pewarna merah lah tu. 



bila makan ni, memang best. 
suka sangat i, Auntie Aini, Abang Irfan, dan Abang Luqman. 
Macam nak patah balik, beli lagi.
Tapi dah malas nak turun ke bahagian bawah tu. 
lain kali kita makan lagi ye..

* Seronok punya pasal dengan Air Cincau ni kan akhirnya i mencari tau pasal pokok cincau hijau. 
I google seharian lepas balik ke Malaysia. 
Then i dapat tau ada Nursery di Perak menjual pokok cincau hijau ni. 
Tapi sayang, pokoknya kecik sangat lagi. 
Then i dapat response dari satu lagi nursery yang ada di Air Hitam Johor. 
Pokok ada. 
Then kami berurusan. 
I bought 2 pokok Cincau Hijau. 
She mailed it by using Pos Laju.
Baru dapat dan ada di Kedai Canggih lagi. 
INSYALLAH akan i tanam elok2. 
Nanti i boleh buat Cincau Hijau. 


ini pulak ada satu jenis makanan. 
i tak tau apa nama nya. 
kesian pulak kat Bapak yang menjual ni. 
bila Cincau dibeli di sebelahnya. 
tak kan tak beli kat Bapak ni kan. 
Bila makan, not bad lah. 
sedappp.


Kami sampai ke gerai yang menjual air kelapa tadi tu. 
Auntie Aini beli Gula Aren ni. 
Besar kan. 
dan Green Tea. 
Hasil mereka di Kampung Naga tu lah kot. 

Bila dah tiba di area Kelapa Muda ni, maka lawatan kami ke Kampung Naga hampir berakhir. 
Memang seronok explored this place. 
Even so far away from Bandung but after visiting this place i feel like, hey, worth it sangat. 
I memang suggest pada anyone yang nak lari dari itinerary biasa kalau melawat Bandung. 
Atau those yang dah berkali2 datang, datang lah sekali ke sini. 
INSYALLAH..
sure suka. 


Sebelum kami berangkat balik ke Bandung,
kami sempat bergambar di sini. 
Sempat gak bertukar2 nombor telefon.
Kalau nak guna khidmat Ijad sebagai tour guide ke Kampung Naga ni,
boleh contact dia. 
Mas Ijad, +6285340646404.

Mengikut kata beliau, biasanya hanya 5 kali sebulan je dia akan dapat tetamu yang berkunjung ke sini. 
Sebelum kami ke sini, Mas Iman dah bagi tau, kalau boleh berilah sikit tip pada tour guide di sini nanti. 
Katanya sekedar Rph100,000 pun cukup lah. 
ALHAMDULILAH..
dapat lah kita sama2 kongsi rezeki dengan mereka. 
Semoga rezeki Ijad akan berlimpahan selepas ini. 
INSYALLAH..

Jam 3.30 petang kami meninggalkan daerah Tasik Malaya ini.
Memang terasa penat gak kaki ni.
Perut pun berkeroncong.
Menuju ke Bandung memakan masa 3 jam lagi.
Tapi kami akan singgah untuk late lunch.
Very very late lunch.
Kira dah macam nak dinner nanti ni.
Tapi kami rasa happy sangat.
ada sesuatu yang i nak sangat share pada most of you guys.
cerita Kampung Naga.
ALHAMDULILAH dapat i share kan kat sini.
Apa2 kita tangguhkan dulu yeeee sambungan setelah ke Kampung Naga ni.
See yaaaaa.

18 comments:

  1. tak nampak mcm rumah kak tp sebaliknya mcm resort gituuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari luar lah..
      but inside dia so basic.
      no furniture at all.
      dapur pun dapur kayu..
      tapi memang best.

      Delete
  2. MasyaAllah. Cantiknya kampung ini. Macam tenang dan damai je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tenang kakcik. kampung yang saya rasa kalau petang2 tu buat hati jadi sayu je..

      Delete
  3. Masyaallah...cantik sungguh pemandangan kampung ni kak..terus terjatuh hati dengan harapan dapat pergi sini satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. sure u can go there. memang now so virgin. tak ada langsung pembangunan kat situ.

      Delete
  4. kak yan.. damai je perkampungan macma ni.. macam zaman dulu2 jumur padi, kutip tanaman kebun, tangguk ikan.. tenang jiwa tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang traditional sangat you. even tak ada letrik tau. pakai lampu gasoline je.

      Delete
  5. mmg damai n tenang tgk persekitaran kampung tu.... bersih betul ya kak.... tkde nampak rumput2 atau sampah2...

    suraunya pun sangat simple tp bersih n kemas je

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bersih.
      suka sangat Dana.

      Nanti boleh lah Dana ke sana.
      sure seronok.

      Delete
  6. Salam kenal,
    Tenang dan damai kampung naga ni..
    Cantik dan aman je pemandangannya..
    Terima kasih sudi berkongsi cerita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasaalm Ira.

      thanks.. i just love to share. nnt ramai boleh ke sana kan.

      Delete
  7. Thanks for sharing kak yan.. Best sgt kampung ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u r welcome dear. insyallahh boleh share mana patut kan..

      Delete
  8. seronoknya kampung ni..beras x yah beli..ikan nak mkn ambik jek tepi rumah :-)

    ReplyDelete