Pages

Tuesday, November 20, 2018

Ke Kampung Naga, Tasik Malaya, Garut 1 - Bandung Day 2




November 28, 2019 - Sunday




Hari kedua di Bandung. 
ehhh.. baca    S I N I    dulu yeee.

Memang hajat hati nak bawak my kiddos ni keluar dari Bandung. 
Saje je. 
Sambil tu Mak Bedah dah teringin nak ke suatu tempat ni tau. 
Sebelum ke Bandung, sis Mona ada bagi tau pasal satu tempat ni. 
Kampung Naga. 
Ada lah dia cerita serba sikit pasal kampung ni. 
tapi macam biasa2 je.
tak sangkut kat hati langsung.

Tapi nak jadi cerita, 
2 minggu sebelum i pegi,  
tertengok lah dalam TV cerita Kampung Naga ni. 
Apa lagi lah. 
teringin sangat lah hati i. 
Ada benda yang i rasa special about this kampung. 
Find out, oooo kat Garut. 
Terus i texted my supir yang ada di Bandung. 
Mas Iman tu lah. 

Dia  bagi tau i, dia sendiri tak pernah ke tempat itu. 
But he promised me he wud find out pasal this place. 
Dah set dah harga trip untuk ke sana. 
Dalam Rph850,000.
I pun agreed. 


then pagi2 our supir dah datang. 
Bukan Mas Iman.
Tapi AA Randi.
AA tu maksudnya Abang. 
Mas Iman tak dapat nak bawak kami sebab dah engaged dengan other group. 


memulai perjalanan pukul 8.45pagi dari our hotel di Cihampelas. 
Perjalanan agak sesak. 
Al maklumlah hari minggu. 
Tapi all the way dari Bandung masuk ke highway, smooth je. 
Bila masuk daerah nak ke Garut tu lah mula sesak sikit. 
But all ok je. 


pemandangan memang menarik.
puas mata memandang. 


segar je kan.


jamu mata sungguh. 
ingat nak lelap.
tapi rasa sayang masa terbuang dengan hanya dapat taik mata sikit tu kan. 



kami buat jalan pintas. 
AA Randi tau jalan. 
sebab itu kampung dia. 
Asal Garut. 
Senang lah. 



After 3 hours journey. 
aduhaiii.. 
lama sungguh. 
itu perjalanan kira jalannya cantik. 
macam sama je perjalanan i di Himalaya. 
bagi perjalanan 88 - 90 km. 
(i tak dapat exact distance for this place.)


ALHAMDULILAH kami sampai dengan selamat di sini.
terus cari toilet.
better buang siap2.
kat kampung tu nanti takut tak jumpa toilet.

Cuaca agak redup.
Sebelum sampai sini, i bimbang dengan 2 benda.
1. cuaca.
2. keadaan diri i.

cuaca, i risau hujan.
sebab hujan di Bandung hampir setiap petang since kami sampai lagi.
Kalau hujan sure pergerakan jadi terbatas.
tambah2 lagi i ni.
takut keadaan tanah di sana yang mungkin basah menambah kebimbangan yang cukup takut dengan jalan yang licin.
takut jatuh je.
Risau sangat.


tak ramai orang atau boleh dipanggil tetamu di kawasan ini. 
Tempat ni katanya agak tak popular berbanding tempat2 wisata yang lain di Bandung. 
Lagi pun perjalanannya  agak jauh dari Bandung. 
Maksudnya tempat yang kurang diberi tumpuan. 
Kampung Neglasari atau dipanggil Kampung Naga. 

di kawasan ini kami dikenalkan dengan tour guide, Mas Ijad yang akan membawak kami ke Kampung Naga. 
Sebenarnya tanpa tour guide tu pun boleh je kita ke kampung tu. 
tapi selesa kalau ada. 
dapat berkenalan malah dapat info yang akan disampaikan tentang kampung ni nanti. 
kita cuma bayarkan sikit tip pada tour guide ni. 
setakat Rph100,000 je.
kurang lebih RM28.00 lah cam tu. 


kami memulakan perjalanan dari sini. 
kalau tak silap i ada sebanyak 400 lebih mata tangga ke bawah sana..
pelan2 kita jalan ye.


winding river stone paved way. 
 tak perlu bimbang lah. 
tak licin. 
i thot macam tanah gitu. 
memang i risau sebab i tak menggunakan kasut yang sesuai. 
insyallah m ok with this kinda paved way.


Mak Bedah ada abang sado.
boleh lah jadi walking stick Mak Bedah.
INSYALLAH..
ok ok je lah.
Auntie Aini selamba je.
Steady je dia. 
still fit for rough activity pada i. 


suka i tengok rumah2 di atas ni. 


air sungai mengalir. 
dengar bunyi air tu sedap je. 


belum apa2 kami stopped kat sini. 
hehehhehee..
nak minum air kelapa. 
dari semalam Auntie Aini nak minum air kelapa. 
bila dah jumpa ni, kita apa lagi, minum lahhh.


so sweet.
fresh.
memang best. 
dua bijik ni dalam Rph30,000.


belum apa2 kita isi minyak dulu ye. 
hehehee


bermula perjalanan kami. 
Pelan2 menuruni tangga2 ini. 
Ada kurang lebih 400 lebih mata tangga katanya. 


berhenti kejap di sini. 
Nak ambik gambar. 
spot cantik sangat. 
Kelihatan dari atas ni kampung tradisi Sunda seluas 1.5 hektar luasnya. 
Ada dalam 300 keluarga yang memegang kuat adat turun menurun. 


bagi chance kat Mak Bedah.
cantik kan view kat belakang tu. 
Macam dalam painting. 
sorry lah kalau Mak Bedah ada kat situ, jadi rosak painting kat belakang tu. 


kami berdua pulak. 


berempat pulak. 
tinggi sama rata je kan. 
hehehee


tak sabar nak ke bawah tu. 
kejap lagi Mak Bedah sampai yeee..
tarik nafas dulu. 


untung ada Abang Sado. 


dah baca dah larangan ni. 
tapi kurang faham. 
baca pulak bila dah balik rumah. 
maka tak dapat lah bertanya dengan tour guide tu. 


pertengahan jalan terjumpa ibu ini yang mau ke kebun katanya. 


now jalannya dah berubah sikit. 
bukan tangga2 lagi. 


Kaki ibu dan dua anak bujang. 
Satu kaki yang agak lemah tapi kuat semangat dan dua kaki yang gagah. 


itu dah tanah dah.. 
ini kira dah separuh jalan dah. 
dah tanah rata. 
dah nak dekat sampai ke area kampung tu lah. 
Si omel ni dah jadi model ibu pulak. 


Auntie Aini enjoyed dengan segala cerita Ijad. 
Macam2 yang disampaikan. 
memang berbaloi rasanya. 


kan tu.
macam2 pokok ditunjukkan kat kami dan khasiatnya. 


bagi chance lagi yeeee.
Tak tahan tengok keadaan sekeliling ni. 
Memang peace lah. 
Mesmerizing.


stunning view to me. 
ini tak edit sikit pun tau. 


Ini Abang Irfan buat kan Panorama. 
Ibu suka je. 


sempat pulak i tangkap padi ni. 
Padi hitam.
tapi dalam tu warna putih isinya. 
berasnya bulat2 gitu. 


suasana kampung dah terasa di sini.
ini dah nak dekat kawasan rumah2 diarang ni dah.
sungai kat belah kanan, kiri rumah2. 


dah berada di kawasan rumah2.


cantik kan. 
tersusun rapi gitu.


kawasan keliling. 

Taaruf  -  mengenali masyarakat setempat, melihat budaya dan aktiviti mereka merupakan salah satu cara kita mengetahui kebesaran Allah. Sungguhnya Allah menciptakan kita kepada beberapa bangsa, kaum dan bahasa yang berbeza, bukan untuk menjadi hamba kepada persepsi tetapi menjadi hamba Allah yang bersyukur. Perbezaan yang akan memunculkan rasa saling menghormati dan menghargai. - Ustazah Isfadiah



Ijad menerangkan sesuatu. 
seronok pulak. 
macam2 ilmu dapat dari dia ni. 


Ikan nya kepuayaan semua. 


activity yang biasa dilakukan.
masih bertenaga ibu dan bapak ini.
Ibu itu berusia dalam lingkungan 70 an.
Bapak itu pulak 80 an.
hebatkan.
masih bertenaga. 


Ijad membawa kami sekitar rumah2 di sini. 
rapat2.
tapi teratur. 
memang macam ni lah rupanya sejak dulu kala. 
ukuran nya sama je bagi setiap rumah. 
tak ada rumah besar, 
tak ada rumah kecik. 


system saliran di kampung ni memang hebat. 
mereka tak pernah mengalami tanah runtuh, tak banjir.
Ijad cakap, denggi pun tak ada di sini. 
Malah penduduk di sini tak ada yang berpenyakit chronic like diabetic, high blood. 
Depa ni fit sangat kot. 
ye lah. kalau dah tiap hari turun naik tangga almost 900 steps ulang alik. 
Badan depa pun semua slim2. 


atap ni dari pokok rumbia.
dah berpuluh2 tahun dah usianya.
fakta yang sahih, kalau gempa bumi, valley ini selamat.
malah rumah2 mereka ni kalis gempa.
selalunya kalau gempa, orang digalakkan keluar dari rumah.
tapi di kampung ini, lebih baik mereka stay dalam rumah ketika berlakunya gempa bumi. 
Kami dijak Ijad singgah ke rumahnya. 


padi yang telah dipanen.
disimpan dalam store dalam rumah beliau ni. 


begini keadaan dalam rumah Ijad. 
Simple. 
ada ruang tamu tempat i duduk tu. i memandang ruang dapur dan berhadapan dapur adalah bilik tidur. 
Dalam rumah langsung tidak ada perabut kecuali sebuah almari. 


di dapur isterinya tengah busy memasak.
dapur menggunakan kayu api.


Anak Ijad yang berusia 3 tahun. 
Malu2 masa i hulurkan chocolate. 
Terjengah2 melihat kami. 


tak lama kami dihidangkan air teh yang dimasak menggunakan kayu api. 
Ijad asyik mengingatkan bahawa mungkin aje air yang kami minum tidak berasa enak.
Tapi tak menjadi masalah. 
selain itu ada jugak Gengginang. 
Dan gula melaka biasa dipanggil di tempat kita. 
Di sini gula ini dipanggil gula aren.
samalah kejadiannya dari nira kelapa. 


masa kami sampai, isteri Ijad sedang masak untuk sedikit kenduri.
maka merasa lah kami tauhu gorengan dia. 
sedap sungguh di tekak. 
ramah diarang ni. 
kitarang pulak pantang di lawa. 
hehehehe..


tak lama kami mintak diri. 
sambung explore kawasan sekeliling. 
memandang dari jendela rumah.
Anak dara Ijad sama temannya. 

I stop dulu setakat ini. 
Nanti i sambung dengan suasana yang dapat i kongsikan bersama di kawasan Kampung Naga ini. 
Keadaan di sini memang aman sangat. 
I pun rasa seronok berada di sini. 
i m not a fast traveller. 
so buat blog pun kena ada pause2 nya ye. 
hehehe. 

Tapi tunggu dulu ye..
Nanti kita sambung lain. 
Daaaaa..

16 comments:

  1. view tu, kalau akk ckp kat bali pun org percaya😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Anies. sebab ada terrace tu.. kan view dia kat sana macam tu.

      Delete
  2. tak apa pause2 pun..jangan stop udah..janji ber update..
    semangat Auntie Aini menumbuk..ibu kuat mkn nasik ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. insyallahhh... tq.

      seronok auntie tu.. bahagia dia.

      Delete
  3. subhanallah. cantik tempatnya. macam cerita kampung si zainuddin dalam cerita tenggelamnya kapal van der vick tu. alhamdulillah kak yan allah bg kesihatan untuk kak yan pergi travel, balik share untuk kita pula. Untuk puji allah dengan keindahan yang dia dah buat. serta rasa syukur dengan apa kurniaannya di setiap sudut kehidupan. thanks kak yan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik Kg Naga ni Mek. Akak mmg jatuh cinta sangat. bahagia berada di sana. satu hari nnt Mek pegi lah ke sana. Akak pun happy dpt share info pasal this place. INSYALLAH membantu bg sesiapa yg nak pegi.

      Delete
  4. Bertahun2 saya menyimpan angan2 nk ke Kg Naga...tp tak pernah kesampaian walaupun dah banyak kali ke Bandung.Thanks kak..makin bertambah keinginan nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAH sampai nnt tu Lyn. mmg best tempat ni. seronok berada di sini. explore the place. nnt Lyn ambik lah phone yang akak ada bagi kat N3 yang lalu. then dia akan dptkan tour guide Ijad tu..

      Delete
  5. Ana baru tau tentang Kg Naga bila baca entri kak yan ni. Damai sangat tgk gambar2 tu semua. Berbaloi 3 jam perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gara2 tgk TV rancangan travel lah tu. mmg best sangat. nnt kalau ke Bandung, datang tempat ni. worth it lah.

      Delete
  6. subhanallah cantik tul view kat kg ni..berbaloi la byr transport ke sana..boleh tgk padi tgh masak menguning..nyama jek rasa...x de lah nak menyoping jek hari hari hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berbaloi..
      berbaloi penat, berbaloi bayar transport.
      akak mmg suka.

      kalau ke Bandung dah malas nak shopping2 sangat dah.
      tak de benda nak cari lagi dah.

      Delete
  7. Best ni. saya memang suka tempat tempat macam ni.. boleh saya dapatkan no.tel guide ijat tu... sebab kalau ke garut cam nk stay 1 malam...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALHAMDULILAH.. mmg best.. tak payah dengan tour guide tu.. ambik je driver yang di Bandung. Kalau dgn ijat tu, means hanya di Garut saja..

      contact Mas Iman +6282121638895

      Delete