Pages

Monday, September 24, 2018

Ke Warung Wak Minan, Kuala Selangor yang baru.



Lepas balik dari Kelantan tempohari, weekend sempat i and family ke Kuala Selangor. 
Breakfast kat Warung Wak Minan.
Now warungnya dah berpindah lokasi.
Jadi nanti i share kan the new location ye. 


Pagi2 dah gerak dari rumah .
At 7.30am kami dah gerak.


Kami lalu Latar Highway. 
Hubby suka lalu situ even agak jauh sikit. 
Jalan cantik. 
Kalau lalu Klang or Meru, jalan memang teruk. 


then dah sampai jalan Kuala Selangor ni. 
tengah diupgrade kan.
Hope tak lah lama sangat. 
Jalan memang teruk. 
But still ALHAMDULILAH..


then sampai lah di Simpang Empat ni. 
Kalau terus boleh sampai simpang Assam Jawa. 
Ini kalau ke kanan, boleh masuk kampung lama Hubby. 
Kg Bahru, Assam Jawa. 
Pun boleh nak ke Kuala Selangor.. 
Short cut. 
sebelum sampai simpang ni, ada Cendol Bakar dan Petrol pam kat kanan nya. 
So kita belok ke kiri. 


nampak tak Caltex tu. 
tepi Caltex tu Cendol Bakar. 
Warung Wak Minan yang lama, bawah pokok besar ni seberang jalan dari Cendol Bakar tu. 
Pokok besar habis sudah ditebang. 
Nak besarkan jalan lah ni. 


tinggal ni je lagi. 
Ni pun nak kena buang lah.


almost clear. 


Cadangan untuk warung yang baru, kat bawah pokok besar tu. 
Tapi tak jadi kot. 


so ikut video i ni, sampai lah u. 


habis satu kampung kalau ke Warung Wak Minan ni.


Warung baru yang lebih besar. 


Ini lah kami.
Ini pun kurang ni.


sedap lah ni. 
licin.


ALHAMDULILAH..


thanks to CiLi yang belanja kita pada pagi ni. 
Semoga dimurahkan lagi rezekinya.
dipanjangkan umurnya..
AMEEN..


DOA UNTUK ORANG YANG MEMBERI MAKAN DAN MINUM
بسم الله الرحمن الرحيم
اَللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنىِ وَ اسْقِ مَنْ سَقَانىِ
Alloohumma ath-‘im man ath-‘amanii was-qi man saqoonii
‘Ya Allah berilah makanan kepada orang yang telah memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minum kepadaku’.
Dari al-Miqdad radliyallahu anhu –di dalam haditsnya yang panjang lagi masyhur- berkata, Lalu Nabi Shallallahu alaihi wa sallam menengadahkan kepalanya ke langit dan berdoa,
‘Ya Allah berilah makanan kepada orang yang telah memberi makan kepadaku dan berilah minuman kepada orang yang memberi minum kepadaku’. [HR Muslim 2055 (174) dan Ahmad: VI/ 2, 3, 4-5. Dan hadits ini dishahihkan oleh asy-Syaikh al-Albaniy.
Maksudnya, jika kita diajak  makan di suatu tempat makan, di rumahnya atau di tempat selainnya. Hendaknya setelah selesai bersantap, kita mendoakan orang tersebut dengan doa yang telah dicontohkan oleh Nabi Shallallahu alaihi wa salam di atas, selain dari mengucapkan jazaakalloh khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan). Sebab di dalam Islam, sesama muslim sangat dianjurkan untuk saling mendoakan kebaikan di antara mereka.

So nanti kalau ada orang belanja kita, kita baca doa atas ni ye..

then lepas breakfast, kami singgah rumah Wak Minan. 
Dia suami isteri baru balik dari Mekah. 
ALHAMDULILAH.


Wak Minan bersembang. 
Kurang sihat sikit. 
batuk2..
adat lah kan.


Saje je nak gambar2.
Kenangan lah kan.
Lepas breakfast, singgah rumah pulak. 


Ehhhh.. lupa nak tayang apa yang ada dan apa yang kami makan di Warung Wak Minan tu. 







Kuih2 ni, RM0.40  satu. 
besar2 dan sedap2. 


Ini putu piring. 


My parents suka sangat. 


I suka kuih ketayap. 


Roti canai, RM1.20.
besar. 
Maybe kena naikkan sikit harga nya kot nanti. 


sedap. 
I mintak reserved sehari sebelum datang ke Warung. 
Cepat habis you. 
Roti canna kat Warung Wak Minan ni memang laris. 
Pukul 9.30 pagi je dah licin 200 keping roti.
Jadi memang kami selalunya mintak simpan kan dulu.
Mana tau terlewat sampai, still dapat merasa. 


Satu lagi istimewa nya di Warung Wak Minan ni adalah Nasi lemak dia. 
Ini Nasi Lemak Telur Rebus..
RM1.50.


Telur mata.


Telur mata agak besar tu..
RM2.50


Yang biasa agak kecik sikit. 
Dalam RM1.50


Ini yang biasa. 


and my favorite.
Nasi Lemak Ikan Goreng.
RM2.50.
I love this.
Semua nasi lemak ni dimasak oleh isteri Wak Minan.
Tapi now dah diturunkan ke anak2nya pulak. 
Rasa even ada lari2 sikit. 
but still sedap di tekak i and the family.


My Nescafe Ice. 


ALHAMDULILAH..
after melawat dan ziarah orang baru balik haji, kami terus balik. 
banyak urusan selepas ni. 
So i dah share kan new location to all of u. 
Sesiapa yang teringin, boleh lah berkunjung ke warung wak minan yang baru. 
Sebenarnya kalau google maps the place, WARUNG WAK MINAN, still diberikan location yang lama. 
Jadi ikut je yang lama, cuma, once tiba di simpang 4 dan berada di depan bekas warung tu, terus je masuk ke dalam sikit sampai jumpa another simpang 4, lagnsung belok ke kiri. 
Kira2 dalam 250 meter, akan nampak Warung Wak Minan yang baru. 
Cuba lah..

20 comments:

  1. kak yan...kalu laa warung wak ni dkt sini mmg sy terjah hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira dekat lah tu.. masih dalam selangor.
      kalau kat taiwan ke kat japan ke, jauh lah tu. hehehehehe.. u sud try it one day.

      Delete
  2. p/s sy rs blog akk ada virus laa...cuba akk check...

    ReplyDelete
  3. oo orang sana ye.. sy org tnjong karang..heheh
    patut nmpak dah clear kiri kanan.. boleh try warung wak minan.. nasi lemak tu nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope.. not me. my husband adalah orang kuala selangor. me orang Johor.
      nasi lemak dia nasi lemak org kampung lah katanya.. so masak tu penuh sentutan orang kampung. mmg suka.

      Delete
  4. bestnya kak nengok sarapan nya tuh.... sarapan gaya kampung... mmg selalunya sedap... kuih2nya pun nampak tradisionalnya... bkn jenis yg moden2 tuh...

    lama tak jln2 tanjung karang kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt Dana boleh singgah lah kalau pepagi ke Tanjung Karang..
      mmg best food dia. masakan org Kg.

      Delete
  5. sedapnya nasi lemak tuh, kalau kita tuh boleh makan berbungkus-bungkus hah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pasti.. sebab kalau yg kecik2 tu, mau gak 2 bungkus kalau akak.
      tp kalau dah pekena dgn roti canai dia, adoiii.. sampai malam kekenyangan.

      Delete
  6. Alhamdulillah, menjamu selera dan mengeratkan silaturrahim..
    sedapnya..nasi lemak daun pisang..nasi lemak ikan goreng...

    ReplyDelete
  7. Seronok tengok semangat kekeluargaan puan dalam post ini dan juga dalam lain lain post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah.. tak besar pun keluarga.. tp mmg rapat.

      Delete
  8. mengimbau kenangan pula tengok gambar Latar. hehe dulu study area sana Latar la pilihan hati walaupun tol mahai. tapi kete tak banyak tenang je senang nak mrempit. hehe.. rindu pulakkk KS ni =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gayanya kena pegi tu siti.. seronok kan mengimbau kenangan lama.

      Delete
  9. boleh cuba kalau berkunjung ke sana nanti. insyaAllah

    ReplyDelete