Pages

Tuesday, January 16, 2018

New Year gathering di Omah Liren, Sungai Besar.


Ehhh.. i nak up cerita ni dulu. 
kita tinggal kejap cerita HCM tu. 
penat dah weiii.
jom cerita lain sikit. 

gathering we all masa new year hari tu. 
dah lapuk kan.
but we all tak ler celebrate. 
saje nak short break during the weekend. 
sementelah ada yang tolong organized kan. 
sebab orang tu lah yang kemaruk nak cuti2 malaya ni. 
Cik Ti lah. 

dia pegi cari kat area Sungai Besar tu lah. 
ini memang favorite place our family kalau nak jenjalan dan tidur2 kat luar ni. 
bukan ke mana pun. 
takat tengok pokok padi. 


so bergeraklah kami on December 31 tu menuju ke Kuala Selangor first. 
Of coz kena singgah di Pantimor Restoren di pekan kuala selangor tu lah. 
Kira tempat wajib hubby lah. 
suka beno dia restaurant ni. 
it serves macam Jawa food sikit lah. 
Sure ada pecel lele tu lah. 


This, mine punya. 
I ambik Pecel Lele tu lah. 


Ini yang jadi favorite Hubby, ikan bakar.
dia suka ikan bakar pari. 
i memang kureng sikit bab2 ni. 
lepas makan, kami sambung perjalanan. 
macam jauh beno pegi nya kan. 


Akhirnya sampai kami di homestay yang telah ditempah. 
untuk mengelakkan perjalanan yang pack melalui jalan utama, dan jalannya yang agak teruk, 
we all memang suka lalu jalan dalam.
lalu jalan tepi sungai. 
kejap je dah sampai. 
lalu sawah2 gak. 


sampailah kami di sini. 
Kami ke Omah Liren. 
Kata Hubby Omah means rumah, liren means rehat. 
So rumah rehat lah. 
Cantik to me dari luar. 
Rumah kayu. 

rehat kejap then kami keluar ke pekan sungai besar. 
nak cari macam2 ni.
malam nak bakar2 sikit dan chef ciju nak masak.


kami ke area Sungai Haji Dorani. 
banyak ikan2 fresh. 
ada sotong, ada udang, ada ketam.
murah2 gak lah. 


then balik ke Omah Liren semula dan tengok wong lanang nya mandi kolam. 
beriya budak bertiga ni. 
walhal suasana ni sejuk tau. 
mendung je. 
sampai kecut2 tengok depa ni. 


yang lain beroperasi untuk memasak. 
Abang Luqman as usual memang ringan tulang membantu. 
dah macam bapak orang dah ibu tengok Abang Luqman ni. 


Ini yang hubby prepared. 
Hubby tak ada sambal macam tak makan katanya. 


Ini yang dibakar oleh anak2 bujang dan PamanMie.


Ini yang i prepared kan. 
heeeeeee..
the easiest part. 
celur2 je gitu. 


Udang ketak yang memang jadi kesukaan seisi keluarga.
ada yang tukang siangnya..
CikTi lah.


Favorite the whole kanak2 ribena. 
Butter Cheezy Prawn. 


Udang ketak yang dimasak apa tah.
memang sedap. 
i suka meratah. 


sotong masak apa tah.. 
heeeeee
i memang tak tau nama nya. 
makan je i tau. 


sotong yang digoreng rangup. 


so tengok lah dinner kami malam tu. 
periuk2 semua naik atas meja. 
bukan kat rumah lah kan nak kena proper. 
apa dapat je lah. 
still bestnya homestay ni banyak peralatan dapur yang disediakan. 
no worries lah. 


tengok ni muka2 bahagia dapat makan. 
yang penting chef nya sentiasa cantik even memasak bagai nak rak kat dapur. 
dibantu oleh Chef CiLi tu. 


bahagiakan. 
sepanjang kami ada kat sini, cuaca memang sejuk..
hujan terus..
malam masa makan ni pun hujan lebat sungguh.
keesokan hari ni pun hujan subuh..
azan pun waktu hujan subuh tu.
sedap betul.



hujan sampai ke pagi tu.
bila dah agak reda, kami keluar dari sangkar..
the rest masih dalam selimut.
rumah papan lah katakan. 
sejuk sampai ke tulang weiii.
ni lah nikmat hidup di kampung rumah kayu kan..

ehhh.. melalut lak.
so we all pun keluar lah macam burung cari makan. 
Me, Hubby, Nekcik, and TokPucu.. 
(rasanya ni memang regu baikkk punya kalau kami outing ke area Saba Bernam ni), keluar mencari sarapan.
melilau lilau kami ronda satu parit ke satu parit. 
kat area Sungai Besar tu kan banyak parit2 kan. 
Akhirnya sampai lah kat Parit 12.
singgah lah kami kat satu warung ni. 


tengok kuih2 tu.
kuih orang kampung. 
sedap2 je di tekak. 


pertama kali jumpa. 
katanya Lontong. 
lain bebeno dgn lontong orang Johor kan. 
Ada nasi impit.
ada mee hoon,
kuahnya nak kata fully like sayur lodeh tu pun bukan. 
macam nak kuah kacang sikit.
i was a bit confused. 
tapi i cuba je makan.
ok lah..


pekena  Teh Tarik.
sedap panas2.
hari hujan pulak tu. 


siap order telur separuh masak tuuuu.
then selesai makan di situ, kita tapau lah orang rumah. 
heeeeee..
kenyang perut senang hati kan. 
dekat2 pukul 12 baru kami checked out. 


sebelum tu kami gambar2 dulu. 
melayan mak buyong tu lah maka kami outing area ni. 
sebab katanya nanti dia dah kena berpantang. 
eehhh. 
boleh gitu ekkk..
tak peeee..
layannn.


time posing2 lah kan.


dan lagi. 


me and heroes. 
hero veteran dalam kereta.
tak kuasa dia nak gambo2 ni. 
jangan harap leeeeee.






tengok ni. 
macam2 pesen lah..
asal bahagia kan. 
ni baru separuh ni. 
ada lagi ni patutnya. 


gini pulak. 
adohaiiii..
udah lerrr..
mari kita pulang. 


sambil menikmati alam..
kami tak singgah nak tangkap gambo2 ni. 
sebab hujan daaaa.


sebelum sampai pintu rumah, kita makan lagi. 
heeeee..
Warung Ibu lah kann.


i pekena Soto. 
sedan.. licin dahh.


Nekcik pun buat acara penutup. 
Sebelum semuanya berpisah ke destination masing2, Nekcik belanja Karipap King Kong ni. 
Kami yang dah kekenyangan ni, tapau je bawak balik. 
Nekcik belanja. 

ALHAMDULILAH..
percutian yang singkat sangat.
tapi sangat membahagiakan. kami stronok sangat. 
my kiddos pun happy sangat lah depa..
at least dapat jenjalan waktu cuti mereka. 
mudah2an ikatan kasih sayang antara kami akan sentiasa dirahmati ALLAH..
semoga kami semua dilimpahkan dengan kesihatan yang baik sentiasa. 

ALHAMDULILAH..
Mak buyong dah melotup dah..
new member in the family.
dah lama tak main2 dengan baby. 

12 comments:

  1. salam k.yan,

    tgk k.yan jalan2 di sg besar n sabak bernam..bestnya sy tgk. rindu nak balik kg sbb kg sy di batu 38, sabak bernam. yang k.yan kata lontong tu..ada mee hoon, nasi impit, sayur2an dan dibungkus dgn daun pisang tu saya panggil pecal. lontong lain rupanya k.yan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dear..we suka area ni..mcm tenang je.

      Ooo pecal. Tp makcik tu ckp lontong. Beiya2 akak nak cuba..lain pulak bila dah dibukak..makan je lah.

      Delete
  2. bestnya kak... walaupun tak pyh jauh2 tp ttp seronok bila dpt kumpul ramai2 kan kak

    suke aktiviti msk2 bersama tuh, semua menu nmpak mengiurkan perkkkkhhhh
    msk sama2 mkn ramai2 itu la yg jd makin nikmat tuh kan...
    ddk lah kt tepi sawah padi yg cantik tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok Dana..
      lebih2 lagi bab makan2 tu.
      penting tu.
      heeeee

      Delete
  3. Percutian singkat yang sangat meriah nampaknya. Yang membaca ini pun tumpang seronok... :)

    ReplyDelete
  4. kalu pergi ramai2 mcm ni mmg syok... adehhh bla laa family sy nk wat family day niiiiiii

    ReplyDelete
  5. seronoknya kak yan, dapat gather2 dgn family, siap makan2 pun sodap.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. the only makcik that kitarang ada. adik abah..
      tempat usia mengusik.

      Delete