Pages

Sunday, June 26, 2016

Serunding Kelapa dan Nasi Ambeng


SUBHANALLAHHH.. dah puasa ke 21 dah hari ni.
cepat sungguh masa berlalu. 
raya mood masih belum mai lagi.
tak pe.. lambat lagi raya pun tak pe. heeeeeee

ok lah nak cerita hal baling belakang. 
semalam punya cerita.. 
semangat i nak bercerita ni.
siap IG gitu.

sebenarnya memang dah lama teringin nak buat this dish.
i teringin nak buat Nasi Ambeng. 
Tersentap Chef CiJu bila i cakap nak buat this food.
kira macam hilang ingatan kejap lah dia. heeeeeee

tapi for Nasi Ambeng the first and important dish adalah SERUNDING. 
i lak memang tak berapa nak expert like chef2 tersohor di blog and IG ni. 
selalunya tu Chef CiJu lah kot yang buat. 
or usually if MyMomm yang buat, i just tukang kacau2. 
even tumis pun i tak pernah nak buat kot.
tapi semalam dek kerana semangat membara - bara tu kot, buat gak lah.


heyyyy.. dont play play tau..
i siap melesung. 
idoknya teman nak memblend gitu.
macam nak tanggai gak lah tulang bahu. 
heeeee..
terkejut dapur dengan i melesung. 
nampak kat atas tu. 
lumat u. 


dah siap perabah, i tumis.
sampai naik bau. 
apa bahan yang i guna tu..
i letak sesudu JINTAN HALUS
Sesudu KETUMBAR
6 ulas BAWANG PUTIH
8 ulas BAWANG MERAH yang sedang2 je. 
UDANG KERING 2 sudu besar
seINCI KUNYIT HIDUP
tumis ni dulu.
bila dah naik minyak, masukkan serai dan lengkuas yang telah dikisar. 
yang ni tak sanggup i nak melesung. 
jangan banyak2 sangat tau.
dalam 3 sudu besar je. 



i masukkan  setengah gula kabung.
letak KUNYIT SERBUK dalam 2 sudu. 
2 sudu teh GARAM.


semua dah naik bau, baru i letakkan 1 3/4 bungkus kelapa parut. 
i agak2 dalam 2 biji kot kelapa tu. (gambar kurang memuaskan)


kacau2.. tapi kaler tak cantik beno.
tadi MyMommi dah pesan, letak cili paste dalam sesudu.
dia tak leh makan pedas. 

tapi..heeeeeee
i lupa you.
chili paste i yang i guna telah menyelamatkan i.
i just letakkan dalam 2 sudu besar cam tu.
then gaul rata.


baru lah nampak warnanya.
huuhh!!!..
sib baik
dan my SERUNDING pun menjadi lah.
tapi nak makan Nasi Ambeng bukan hanya kena ada SERUNDING.


kena ada AYAM MASAK KICAP or AYAM MASAK CHILI or AYAM GORENG.
since MyDaddi kena makan dengan kuah, i masakkan AYAM MASAK KICAP.
kiddos pun suka kicap2 ni.
i buat simple je. 
not a complicated one.



TUMISAN ni Chef CiJu yang buat. 



i tak de IKAN KERING BULU tu. 
yang ada had ni je. 
ok lah tu. Janji ada IKAN KERING. 
goreng siap2.
Bahan2 yang atas ni, sediakan di rumah. 


Hubby ke Bazaar Ramadan, i pesan MEE GORENG.
Heee..heee.. Nasi Ambeng Derhaka namanya.
tak kuasa lah i nak menggoreng mee. 
tak banyak yang nak digunakan pun. 

so i pesan 4 bungkus. 
tapi banyak sungguh portionsnya.
ingat petang ni, kira alter2 lah cam ne. 



ini Hubby kata beli.
so dia belikan for my Nasi Ambeng.
katanya ini kalau kat kampung Hubby, Nasi Ambeng Orang Kaya. 
dia lak nak beli sebab MyMommi suka makan.



ok bahan semua dah lengkap. 
dah boleh nak atur. 
i tak lah pakai talam.
kami hanya bertujuh semalam.
Abang Luqman met his friends semalam.
so i just decided to serve atas pinggan setiap orang. 
jom serve..


ehhh.. tak de NASI tak leh nak serve Nasi Ambeng kann.
ini i pakai Brasmathi. 
coz MyDaddi is a diabetic patient. 
jadi semua orang makan nasi ni kecuali MyHubby and MyMommi.
so for both of them i served with nasi beras wangi.


seeee..
tak de daun pisang, tak best kann.
i buat cam atas ni.
ada banyak ada sikit. 

for men, i buat big portion.
for women, i served half je.
(i dah lama tak makan nasi. malam tadi i makan buat kali keduanya.)


tadaaaaa
Amacam?
Ok tak?


i served siap2 for them.


tambahan dishes i served dalam mangkuk.
tapi bila dah pekena My Nasi Amabeng, depa kurang sentuh pun.
memang full lah semalam. 
i bangun pagi tadi for sahor pun sendawa Nasi Ambeng. 
really full lah..


for 7 of us. 




ALHAMDULILLAH BARAKALLAHH.
i m so happy.
i did it. 
semua puas hati sebab i paksa depa kata sedap. heeeeeee

19 comments:

  1. kak yan...bestlah kak...teringin nak buat jugalah nanti..selalu makan kat surau je

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt suzie boleh buatlah kan.. senang je kalau serunding ready stock.

      Delete
  2. rindunya hidangan ni!! kat JB dulu boleh kata selalu sangat makan nasi ambeng, harga pun tak mahal. tapi sejak balik kl, dah 2 tahun tak makan! kene pi cari jap lagi kat bazaar nih! hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. but now dah ada banyak dah GB.
      ada kat pasar malam..
      tak tau lah sedap ke idok kan.

      Delete
  3. Menyelerakan....
    Nak tak nak kena makan jugaklah ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee..heee..

      akak terpaksa makan even diet ketat dgn nasi.

      Delete
  4. Sedapnya kak nasi ambeng.... tak kesampaian hajat hari ini nak gi cari nasi ambeng warisan,,,

    ReplyDelete
  5. hebat kak yan..tapi sy kalau makan nasi ambeng ni, rasanya makan nasi dgn ayam kicap n ikan kering je kot. yg lain tak suka n tak pandai nak makan.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe u tak biasa makan nasi dengan serunding lah kan.. sebenarnya macam makan nasi biasa je.

      Delete
  6. wow, jadik sgt k.yan..dah macam kedai warong ibu yg dkt tg.karang tu..
    kitorang org jawa mmg makan ns ambeng ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..haa.. tu diaaaa... standard tinggi tau Warong Ibu tu..

      Delete
  7. walaupun saya orang melaka, tapi nasi ambang memang favs saya kak

    ReplyDelete
  8. pasni blh try bt hidangan lontong kering pulak ye kak...
    udah teror bt serunding kelapa tuh

    ReplyDelete