Pages

Wednesday, September 9, 2015

Cheezy Srping Roll

salam buat semua..

dah minum petang?

hari ni i nak share one recipe yang disukai oleh my family tapi sangat jarang dibuat dan sangat sesuai dimakan for teatime.

kita tinggalkan kejap cerita Japan ye.. kita cerita makan - makan.

Ok tengok apa yang perlu ada.






ni bahan - bahan nya...

1. Mozzarella. beli je yang dah siap parut tu...
2. Kulit popia ye.. guna yang besar.. kalau kecik nanti tak banyak inti dapat diisi.. jadi tak cheezy        nanti. tak best. tak meleleh..  tak bertali - tali. 
3. Capsicum. saje je i beli 3 colors. nak mencantikkan lah kunun.. 
4. tomato.. 

Banyak mana nak buat?

1. I potong setiap colors capsicum tu separuh - separuh. 
2. Tomato 2 biji. 
Tu je bahan yang perlu dibuat inti. 






ketiga - tiga capsicum tu i potong dadu.. kena kecik - kecik ..then i lapikkan dengan kitchen tissue. sebab nak buang lebihan air dari capsicum tadi tu. 






then potongkan tomato.. buang isi dalam tomato.. kering kan guna penapis. macam i buat kat atas ni. 






tomato yang telah dipotong dadu..






kemudian i gaulkan bersama  - sama.. then nak buang lebihan air dari kedua - dua bahan tadi tu, still i gunakan kitchen tissue.  Kalau yang i buat, i letakkan semalaman dalam peti ice.  saje nak buang lebihan air tu lah.






esok nya baru i campurkan cheese ke dalam bahan yang telah dipotong dadu tu.






gaul rata.. banyak mana cheese? terpulang.. nak banyak boleh nak sikit pun boleh.  sebagai mengimbangi rasa bahan, campurkan garam sikit dan gula. 








then sudukan sedikit dan letakkan atas kulit popia.. macam atas ni. alaaahhh macam u buatkan popia lah.. make sure tiada air - air ye.. sebab air ni lah yang buatkan kulit popia tu nanti terkoyak sewaktu digoreng. 






gulung kan macam ni.. i buat banyak dan i masukkan dalam freezer. 






supaya tidak rosak spring roll kita tu, once keluarkan dari freezer terus masukkan dalam kuali yang berisi minyak terus.. jangan tunggu minyak panas.. 

INGAT..

1. Keluarkan apa - apa kuih dari freezer dalam keadaan ber ice sekalipun jangan defrostkan. 
2. terus digoreng even minyak masih tak panas. 
3. sentiasa dibalik - balikkan. 
4. make sure tiada spring roll yang terkoyak. (nanti cheese akan meleleh ke dalam minyak dan akan rosakkan semua spring roll yang digoreng tu. 







angkat dan boleh lah makan panas - panas.. tapi jangan sampai terbakar tekak yeee..








nampak tak cheese yang bertali  - tali tu. SELAMAT MENCUBA.. 



i dah buatkan banyak..





19 comments:

  1. wahh! mudah je buatnya,, nak buat gaklah.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. u will enjoy it dear... try lah.. tak susah mana pun.. just leceh gitu lah.. pastikan tak berair je..

      Delete
  2. wah....suka juga ni....selalu saya buat potato rebus dgn cheese....lepas ni boleh try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. potato rebus dengan cheese..macamana ek?

      Delete
    2. kak yan...potato rebus dgn garam n lenyek kan...letak pepper sikit n daun sup...n parut ceddar cheese...balutlah dlm kulit popia...sedap juga resepi jiran saya

      Delete
  3. Replies
    1. kalau rajin, boleh je kak.. tapi mozzarella tu yg mahai sangat.. tak lalu..kalau letak sikit, nnt tak best kak.

      Delete
  4. alamak aiii, tak gemar capsicum, kalau ganti dengan sayur lain ok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kot.. tapi so far x perlu ubah.. jangan guna sayur yg banyak air.. cuba lah.

      Delete
  5. wahh, rajinnyer mak buat popia sambil amek gmbr tuuu., hehe2

    ReplyDelete
    Replies
    1. kanzzz... hhhh.. mana boleh tak amik gambar..kena.. wajib tu..

      Delete
  6. yummy...bleh la rietta cuba....stok frozen pown dh habis semalam...

    ReplyDelete
  7. salams yan, terujanya....nak mintak resepi ya :)
    tq2 :)

    ReplyDelete
  8. Senang bangat bah.. ayg bab cheese2 ni minat sgt.. boleh dicuba ni.. Tq kak yan share'

    ReplyDelete
  9. Udah macam nak berniaga banyaknya akak buat... Nampak mudah tapi kalau penyakit M besar semua tak jadik kak...ehehehe...

    ReplyDelete
  10. wah, macam sedap je ni. sy suka buat popiah berinti ni..bolehla try nanti.

    ReplyDelete