Pages

Wednesday, January 22, 2014

Indahnya awan nano..

Pictures taken while on the way to Terrengganu in November, 2013.







Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba
Menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai
Jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba
Menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

7 comments:

  1. Langit sebelah trengganu ... memang cantik ...biruuu jaaa....

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka tengok awan dan langit. Suka dengar ombak membadai. Suka bau hujan.....hmmmmm mendamaikan

    ReplyDelete
  3. Kak Yan ni bila snap photo aje memang cantik. Awan tu memang dah cantik, dapat akak yang snap lagilah cantik menawan. Kak, ni lirik lagu ke sajak ke apa nih?

    ReplyDelete