Pages

Tuesday, October 30, 2012

Solat Witir - Witr Prayer

Semalam masa boring - boring i pun menjelajah lah ke You Tube.. tengok info pasal syiah, then berjumpa topik yang menarik minat i. SOLAT WITIR.. My niyyah nak sharing sharing lah kan.. maybe something that we can share..ye lah selama hari ni yang i tau Solat Witir dilakukan waktu kita Solat Tarawikh..  jahil nya i, baru i tau Solat Witir adalah penutup Solat Malam.. Terasa dangkal nya ilmu.. Maksudnya bukan hanya dilakukan dalam bulan Ramadan.. YA ALLAHHH..

Then bila baca - baca lagi baru i tau solat witir ni sebenarnya kalau dapat kita kena buat setiap hari.. SUNAT MUAKAD. yang biasa nya i buat Solat Tahajjud, (2 rakaat paling sikit, then paling banyak 8 rakaat), then Solat Shafa (2 rakaat) langsung penutup Solat Witir (1 rakaat beserta Dua'a Qunut)..JAZAKALLAH to someone yang sentiasa mengingatkan dan menggalakkan i mengerjakan solat - solat sunat ini..

and baru malam tadi lah i tau yang Solat Shafa tu kalau nak bermusafir... So, lepas ni i tak perlu buat lagi kee??? Harap ada yang bisa menjawab persoalan saya ini.. Frankly speaking solat i buat ni bukan lah setiap malam. hanya bila tersedar tengah malam je atau kalau masih tak solat isyak. Kalau tak, tak de lah i Solat Witir tu.. (INSYALLAHH  trying very hard to improve myself..)

Solat Witir adalah solat pelengkap bagi solat malam. And baru i tau gak lah malam tadi yang kalau lah kita rasa kita tak leh bangun untuk solat tengah malam, adalah lebih baik kita Solat Witir sesudah Solat Isyak.  Anyway i nak share kat sini pasal Solat Witir..INSYALLAHH.. sama - sama lah kita share ye.. Kalau silap harap dibetulkan..


Kelebihan solat witir.

1. Orang yang mengamalkan solat witir disaksikan para malaikat.

2. Solat witir adalah lebih utama dari solat - solat sunat Rawatib yang lain. (solat - solat sunat yang kita kerjakan sebelum dan selepas solat wajib).

3. Menurut sunnah orang yang mengerjakan solat witir akan memperolehi syafaat Nabi Muhammad S.A.W.. INSYALLAH..

Cara - cara melaksanakannya

1. Takbirratul ikhram
2. Lafaz niat witir dua rakaat.

Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat  kerana ALLAH taala.

3. Selepas Surah Al Fatihah baca surah ini.
    Rakaat pertama - Al A'laa (sekiranya tak hafal or tak lancar bacalah mana - mana surah al quran)
    Rakaat kedua - Al Kafirun (sama je seperti atas tadi kalau tak lancar or hafal).

4. Selesai memberi salam, langsung dibuat witir satu rakaat.

Sahaja aku solat witir 1 rakaat kerana ALLAH taala.

5. Selesai Fatihah, baca lah Surah Mu'awwizat
      a. Surah Al Ikhlas
      b. Surah Al  Falaq dan
      c. Surah An Nas.

6. Setelah itu ruku' dan bangun dari ruku' boleh juga membaca Dua'a Qunut. (boleh buat kalau nak, kalau tak nak tak pe. Tapi i suka buat).

7. Langsung selesaikan solat witir anda.


Wirid - wirid dan dua'a selepas solat witir.

1.Habis je kita mengerjakan solat witir ( tak kira berapa raakat yang kita buatlah kan), disunatkan kita membaca :

zikir di atas ini dibaca sebanyak 3 kali dan kali ke tiga hendaklah ditinggikan sedikit suara kita. 

“RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam dari solat witir berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan suaranya pada zikir yang ketiga.”
 (Hadis dari Ubay bin Ka’ab)

2. Kemudian dibaca sekali zikir di bawah ni.


3. Kemudian dibaca dua'a di bawah ni.



4. Baca lah dua'a solat witir.
Tapi kalau rasa - rasa tak leh nak baca dua'a atas ni, bacalah dua'a yang biasa kita dua'a selepas kita solat yang selalunya kita buat.

Daripada Abu Hurairah, katanya,
“Telah berpesan kepadaku temanku (RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam) tiga pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan  solat Witir sebelum tidur.” 
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Imam Ahmad berkata: 
“Sesiapa meninggalkan solat witir, maka dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima persaksiannya.”




saja i tambah kat sini You Tube, ustaz fames ni ye...WALLAHUA'LAM ( ALLAH knows the right).
*******************************************
Volume 2, Book 16, Number 105 :
Narrated by Ibn Umar
Once a person asked Allah's Apostle about the night prayer. Allah's Apostle replied, "The night prayer is offered as two Rakat followed by two Rakat and so on and if anyone is afraid of the approaching dawn (Fajr prayer) he should pray one Raka and this will be a Witr for all the Rakat which he has prayed before." Nafi' told that 'Abdullah bin 'Umar used to say Taslim between (the first) two Rakat and (the third) odd one in the Witr prayer, when he wanted to attend to a certain matter (during that interval between the Rakat).

45 comments:

  1. gud info to sharing..tak semua orang tahu.

    ReplyDelete
  2. Betul witir boleh dilakukan setiap hari. Sekiranya kita rasa tak mahu bangun lagi utk bersolat sunat yg lain-lain selepas solat bakdiah isyak pun boleh tutup dgn witir. Tapi kalau masih ada niat nak bangun tahajjud buat witirnya selepas tahajjud.

    Utk solat musafir dilakukan setiap kali kita bermusafir...

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak.. takut tak terbangun..maka terlepas lah witir. huu..kena pasang alarm 3 4 bijik.. hee

      Delete
  3. tq sudi kongsi this kak yan!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Yan atas info solat witir ini......smoga info yan ni diberkati Allah SWT...

    ReplyDelete
  5. salam kak..bagus info yang akak kasi ni.
    insyallah nak terai buat..tq kak yan.

    ReplyDelete
  6. Yup, penutup kepada solat malam kita ialah witir...
    Memang yg sebaiknya kita solat witir lepas habis Isyaq kalau mmg susah nak bangun malam...dan kalau terbangun, tak perlu dah solat witir( after all the solat sunat)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah DZ cetek betul ilmu akak ni.. tapi now i can share with those yang tak tau kann..

      Delete
  7. thanks for teh info , sangat berguna , tak semua orang thu :)

    ReplyDelete
  8. subhanallah...thanks akak sebab sudi berkongsi ilmu ni...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Yan..i tahu juga sikit pasal Solat sunat witir ni..bila baca apa yg yan share ni dapat tambah lg pengetahuan..
    thanks ye..

    ReplyDelete
  10. yan,menuntut ilmu tu wajib. makin banyak kita belajar, makin banyak sebenarnya yg kita tak tahu. tu sebab syaitan suka ibadat orang yg jahil sebab dia tahu..ibadah kita jadi sia-sia. selalu berdoa moga ALlah berikan petunjuk. insya-Allah, kita akan dilorongkan kepada jalan yang lurus. ini juga peringatan buat diri saya sendiri. satu lagi yan, setahu saya doa qunut dalam witir tu kita baca masa bulan ramadan saja (selepas 15 ramadan). dalam hari2 selain ramadan, bila kita buat solat witir 3 atau 1 rakaat, kita tak baca doa qunut. wallahua'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAHH.. i m improving myself. terasa terlalu jahil banyak benda. bukan lah bermaksud dah tua baru nak belajar. tapi mungkin baru ketika ini hati dan minda mau begini.. INSYALLAH duaa kan ALLAH tetap kan iman i.. mau kebaikan dunia dan akhirat. ALHAMDULLILAH gak dgn blog lah i dapat inspiration about our deen. so hope apa yang i nak share tu dapat kita manfaat kan bersama. tiada tujuan menunjuk nunjuk..

      bekenaan dgn qunut tu, ok noted. usually i akan dapat kan lagi info dari others.. thanks.. lepas ni tka yah buat lah ye. heee

      Delete
  11. klu solat tarawih, biasanya rietta xkan mis witir...tp klu kat rumah....alahai...sangat alpa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAH lepas ni kita buat ek.. lepas isyak, buat solat sunat then witir 1 rakaat jeeee..hee

      Delete
  12. banyak yang saya baru tahu, thank you for sharing dear....

    ReplyDelete
  13. tq kak yan! wonderful sharing...

    p/s: mana ada tua kak yan sentiasa gorjes, young and happy go lucky...

    ReplyDelete
    Replies
    1. INSYALLAH buat manfaat bersama..



      p/s: huu..huuu tgk lah wrinkle i nii.. huuu.. heee.. INSYALLAHHH still wanna b young, gorjes (mengaku tak malu heee..), and happy go lucky..

      Delete
  14. Alin suka dgr Ustaz Azhar Idrus ni bg ceramah. Senang dan paham

    ReplyDelete
  15. Tq for sharing yan.moga kita sama2 dpt mengerjakannya.

    ReplyDelete
  16. terima kasih kak yan....
    berkongsi ilmu dgn semua.......

    ReplyDelete