Pages

Monday, September 12, 2011

Raya Story 5 - Different Menu on Second Raya

Masuk hari kedua, tekak dah tak leh terima masakan berempah - rempah lagi dah.. Pepagi lagi My Daddi dah pegi beli Nasi Lemak seringgit. Sedap. Ada yang pegi beli Roti Canai. Hubby pulak buat Cekodok Masin. Jiran belakang rumah bagi Mee Hoon Goreng.. Meriahhh...

Tengok lahh.. memacam ada.
Paling sedap.. Cekodok Masin buat Hubby.
Muka memasing tak mandi lagi. Breakfast dulu..
Hari ni merupakan hari buat CiTi berangkat ke Kelantan, Nak sembah salam mak mertua.. Kami puun reramai keluar rumah nak bersalam - salaman lah.. Posing - posing gak..
dengan kakak terchenta... CiRah
Memasing macam tak senonoh sikit. Tapi orang lelaki aje. Kami perempuan sume dah cantikkk..
My Mommy yang tak ada.
See.. jelitawan.
Peluang bagi kami bergambar 4 beradik.
Lepas hantar CiTi balik, ini lah ragam cucu - cucu My Daddi..

Hee... si kecik Tita tak leh joinnn.. geram yee???Tungguuuu..
Dalam pada tu, diarang dah siap kan lunch. We had at the hall. Maklumlah buffet style. Then kat situ air cond. Kat dapur sure macam ikan kering... panas.
Ni lah barisan lauk pauk for second hari raya.
Soup Sayur
Sambal Hijau Hubby
Sambal Tumis Ikan Bilis My Mommy
Sambal Taun Hubby
and ulaman - pucuk bebuas (pernah makan??) dan bendi.
Ni yang best..Telur Dadar.
Untuk kids - Sausages Masak Tomato.
Macam - macam aksi makan berselerak.
Seronok hari raya kedua ni. Lauk dah tak makan yang rempah - rempah. Laju je tekak. Lebih - lebih lagi makan ramai - ramai.. Seronok.. Weighing scale tengok je bulan depan...Lepas makan, i nak g Pontian.. Ada agenda..

24 comments:

  1. Wahh meriah sungguh fida tengok family kak yan.. jeles!..

    eh eh kak yan, Cekodok Masin tu, memang nama dia Cekodok Masin ke? ke pasai rasa dia masin? hehe

    ReplyDelete
  2. Sama ler kita orang kat Kuala Pilah hari tu. Raya kedua dah start masak nasi putih, Masak Lemak Cili Padi, dan goreng ikan masin!

    ReplyDelete
  3. serupa la jugak..dah tak lalu nak makan berempah lagi...masuk hari kedua masak sambal tumis dengan goreng sayur jer...ikan masin pun ade..ulam2 bertambah2 nasiknye...

    ReplyDelete
  4. Makan beramai, walaupun lauknya ringkas, tetap membangkitkan selera bila berebut2. :)

    Wak! budak2 tu main air sampai tak kira bekas dah! :)

    ReplyDelete
  5. - cekodok masin tu, memang betul2 masin ke kak?

    - hahahaha..lawak tgk budak2 tu mandi dalam besen!

    ReplyDelete
  6. kak, raya kedua dah ada org jual nasi lemak ye..kat kampung saya dah seminggu raya baru nampak org jual nasi lemak..huhu...

    ReplyDelete
  7. Fida..
    meriah dan kecoh..

    cekodok masin sebab dia masin lah..hee.. tambah cekodok ikan bilis masin.. amacam?

    ReplyDelete
  8. Betul tuu...rumah my MIL, petang raya pertama, i dah masak lauk sardin. Licinnn..bukan sebab sedap sangat tapi sebab tekak dah tak lalu tengok rendang.

    ReplyDelete
  9. macam pernah buat jer mandi dalam besen tu.... hehehehe... tapi masa kecik la...

    ReplyDelete
  10. Kak Yan...tau tak hotel murah kat POntian?

    ReplyDelete
  11. best menu2 tu...ambi seronok betul anak teruna tu rendam2 dalam baldi...

    ReplyDelete
  12. Salam kenal :)

    Seronok tengok bebudak tu mandi dalam besen, hahaha!

    ReplyDelete
  13. Sedap tu AA.
    cili api.
    ikan kering..

    bertambah - tambah lah nasi tu.

    ReplyDelete
  14. Ain, lagipun perut kita dah relax sebulan sebelum tu..

    ReplyDelete
  15. Kakcik,

    depa ni kalau dah berkumpul, macam2 hal dibuatnya..

    ReplyDelete
  16. Daddy Ziyyad,


    cekodok bilis lah tu. Masin hagak2 lah kan.

    ReplyDelete
  17. Wahida,

    kalau boleh masa ni lah org kg nak buat duit. ramai yg balik kg kan..

    ReplyDelete
  18. Rozita,

    sardin mmg sentiasa sedap. entah2 buat rendang sardin pun sedap kot..hee

    ReplyDelete
  19. Dwaty,

    ha.haa.. pecah tembelang sendiri ya.

    ReplyDelete
  20. Alia,

    banyak sangat. Tapi yang best ada satu kat pantai Pontian. Nnt akak kasi tau. Bila nak pegi?

    ReplyDelete
  21. Hanis,

    main sampai tak makan tenghari tu.

    ReplyDelete