Pages

Sunday, January 2, 2011

Nak Makan Apam Balik???

Rasanya semua orang pernah makan apam balik. Pelik sangat kalau kata tak pernah tengok atau makan apam balik ni.. Yelah.. kira nya ini salah satu exotic food. My Hubby suka sangat Apam Balik ni.. I pun heran kenapa...I bukan nak bagi tau sal recipe nya. Tapi i nak cerita pasal Apam Balik Bali sewaktu kami ke sana setahun yang lalu. Rasanya cara pembuatannya sama je kat sini. Cuma i suka dengan creativity penjualnya. Ada macam - macam flavor. Texture badan apam ni pun soft sangat.. Sedappp...
Warungnya simple je. Siang, bengkel baiki motor, malam ada warung. Warung milik Jawa Muslim.
Sebelahnya Warung Bakso, dan Warung Apam Balik di sebelah kanan.
Yang ni ditabur dengan cheese.. Perrgghhh!!! seru banget lho...
Atasnya ditambah susu pekat.
Masa Mbak tu potong, mak aii.. bunyi crunchy tu je dah buat hati i berdetup detap..
Yang ni ditambur gula, cheese, dan chocolate rice. Bila ditangkup, all the chocolate rice tu melted.. Eemmm... yumm..yumm....
Yang ni lagi lah i tak penah makan.. Memula ditabur gula, then spread dengan pulut hitam yang sudah masak. Tambah atasnya dengan kelapa parut, tabur gula lagi.. Yang ni yang paling diminati.. Termasuk lah i...
Yang sudah siap dipotong dan seterusnyaaaa...Ngappppp!!!!
Kalau di Malaysia, satu keping dilipat 2 kan.. Di sini, dua keping ditangkup menjadi satu.
Masa ni kitarang order untuk makan di bilik hotel Casa Ganesha. Why makan kat luar? Kami tak nak makan di resto nya.. Sangsi kehalalannya. So, kami layan warung je lah.. Di hotel, memasing berebut.. Sedap beb...Kesian kan kat sikecik - kecik tu. Tak cukupp... Memasing macam orang kelaparan.
Tengok tangan dan makanan tu..
I ajak Hubby redah balik tempat tu yang kurang lebih 500 meter je dari hotel kami.. Order lagi, then makan lagi.. Kat situ lagi... Memang terror bab makan - makan ni.. Agak nya pelik orang Bali ni tengok kami.. Seronok sangat...
Sedang menikmati rezeki ALLAH.. Seronok mbak2 yang menjual tu.. Kitarang borong..
Bila dah makan kat situ, ye nak minum kan.. I suka sangat Es Jeruk ni.. Air Limau Kampung. Bukan Orange, bukan Lemon, bukan Limau Nipis, atau Limau Kasturi.
Tambah satu lagi dish untuk Chef CiJu, Bakso.
Nanti kalau pegi lagi, sure nak ke tempat ni. Jangan kata makanan halal susah nak cari di Bali.. Search dulu, baru tau.. Warung ni ada waktu malam je... Rinduuuuu laaaaa... Apa nak buat.. AIR ASIA mahal semuanya ke Bali tahun ni..

18 comments:

  1. wah...apam balik spesel tuh..xleh tahan tgk yg de cheese bagai tuhhh...conpem shodappp!! lainkali nak kirim rrr...aci?? ahaksss!!

    ReplyDelete
  2. Salam ♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ ,

    memang sedap.. dijamin... lebih sedap dari biasa.

    Nak kirim? boleh cuma rasa2nya tak leh this year. Tambang still mahal.

    ReplyDelete
  3. salam yan, matjoe singgah sini.

    apam balik memang sedap. skng ni ada trend apam balik pandan, letak pulut hitam.

    kalau berkesempatan, jom joint contest saya:
    http://www.matjoe.com/2010/12/contest-azam-tahun-2011.html

    ReplyDelete
  4. lupa nak inform, saya dah masukkan nama dan url saya kt box atas sana

    ReplyDelete
  5. sedapnye apam balik ada flavour mcm2. sy pi bali xjumpe la plak apam balik ni.

    ReplyDelete
  6. mmg nmpk special btol apam balik dia..byk pulak tu cheese dia tabur...

    ReplyDelete
  7. wow nampak mmg special, tp saya belom penah kesana

    ReplyDelete
  8. sedapnya apam balik..my feveret tu..

    ReplyDelete
  9. Salam Fadilah,

    memang lah tak jumpa sal u sentiasa makan Makanan Padang kan. Akak ni kalau kat Ubud tu dah mcm kg sendiri..heee..(dah 7 X syay kat Ubud kalau ke Bali). Kena rajin search around.

    ReplyDelete
  10. Salam Eija,

    akak bukan setakat suka kan flavor dia, the texture tu pun dah buat akak suka. tak rasa pahit kapur. Bestttt sangatttt...heee

    ReplyDelete
  11. Salam Sue,

    memang sedap beb... Sian kat u. Jgn kempunan dah lah..

    ReplyDelete
  12. Salam Mamasyaza,

    g lah sana. best place to go..

    ReplyDelete
  13. Salam Matjoe,

    INSYALLAH nnt akak joint..

    ReplyDelete
  14. sedapnye apam balik tu...x pernah jumpa yg mcm tu...hhuhhuu....

    ReplyDelete
  15. Slurrrppp.....YaAllah...apakah ujian ini yang kau beri kepadaku iniiiii.......dimanakah akan kucari makanan sebegini sedap di negeri Pulau Pinang ini.....

    ReplyDelete
  16. Salam erienz,
    kalau cam tu kena p Bali lah..then stay kat ubud

    ReplyDelete
  17. Salam Fadzli,

    hee..hee.. lawak.. mmg tak kan kau jumpa itu kuih di PP. Yuk ke Bali..

    ReplyDelete
  18. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    ReplyDelete