Pages

Monday, August 23, 2010

Berita Harian Online | ‘Kami mahu papa, mama balik’

Renungkan bersama - sama dari kisah ini...Mana perginya nilai kasih sayang ibu bapa terhadap zuriatnya sendiri..

Berita Harian Online | ‘Kami mahu papa, mama balik’

‘Kami mahu papa, mama balik’
Oleh Norliza Wasilan

2010/08/22

pix_gal0
Sembilan beradik harap hati ibu, bapa terbuka pulang sambut Aidilfitri

KUALA KRAI: Ketika kebanyakan keluarga kian sibuk membuat persiapan Aidilfitri, sembilan beradik di sini hanya mampu menitip doa mengharapkan ibu bapa yang meninggalkan mereka tanpa sebarang khabar berita seminggu selepas hari lebaran tahun lalu, kembali ke pangkuan keluarga.

Sebagai tanda kasih sayang dan kerinduan yang mendalam, tujuh daripada sembilan beradik itu - Amirul Rizal, 11; Afiq Asyraf,10; Natasha Emilia, 9; Arif Hafizi, 7; kembar Airin Puteri dan Adlin Puteri, 4; dan Naqiuddin, 3, sepakat menghasilkan kad ucapan Aidilfitri khusus buat ibu bapa, Kasmaliza Kasim, 29, dan Mahadi Che Mansor, 31, biarpun sedar mereka entah di mana selepas membawa haluan akibat perbalahan. “Kami bukannya nak baju baru atau duit raya... kami cuma mahukan papa dan mama balik..

“Saya harap mama dengan papa balik jumpa saya dengan adik-adik. Kami tak pernah lagi beraya tanpa mama dan papa... saya harap dengan Aidilfitri itu buka hati mereka untuk pulang,” kata Amirul Rizal.

Sebelum ini, akhbar melaporkan perbalahan suami isteri itu yang membawa haluan masing-masing dan meninggalkan anak mereka di bawah jagaan datuk, Kassim Mat Diah, 55, dan moyang, Esah Hashim, 74.

Kassim yang juga pemandu jengkaut berkata, cucunya itu disara sumbangan bantuan Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan harian dan persekolahan cucunya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tengah, dekat sini.

Katanya, sebelum ini cucunya menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan, namun bantuan berkenaan dihentikan sebaik bapa mereka menghilangkan diri.
“Saya memohon pindaan nama dibuat kepada nama saya bagi memudahkan bantuan diberikan terus kepada cucu. Bagaimanapun ketika berkunjung ke pejabat JKM di Guchil pada 2 Ogos lalu untuk menerima bantuan RM300 (untuk cucu), saya melihat penama masih lagi Mahadi,” katanya.



Mak Bapak apa ni..tau beranak je..Kasihannya anak-anak..Info setelah skodeng dan cilok dr BH

3 comments:

  1. Salam Yan ..

    Saya yang baca pun rasa geram !

    Moga Allah bukakan pintu hati ibubapa mereka dan kembali kepangkuan anak2 yang tdk berdosa ini .

    ReplyDelete
  2. Salam Yan..

    ke manalah perginya mak bapak budak2 ni, kan. Pergi macam tu saja, meninggalkan tanggungjawab. Semoga mereka segera teringat untuk kembali ke pangkuan anak2.

    ReplyDelete
  3. Linda&Kakcik, dah tu punya lah ramai anak nya tu pulak.kesian kat atok yang menjaga..Tak ada hati perut. Kita ni tinggal kejap p travel pun asik teringat je.

    ReplyDelete