Ya allahh lama nya tak update.
tak tau apa nak cerita dah.
sebab tak berjalan or eat out.
mati kutu nak tulis apa.
tapi tak boleh jadi lah kan.
nak gak tulis.
so i nak share recipe je lah.
dah tu duduk rumah je.
jalan nya dari bilik ke ruang tamu.
then ke dapur memasak dan mengemas.
so i made Pakistani Chicken Curry..
this is my second time kot kalau tak silap.
masakan yang simple je pada i but then semua suka.
kenapa i asyik suka masak masakan India or Pakistan ni ek?
i sendiri tak tau.
tekak mmg suka esp selepas i balik dari Kashmir in 2012.
selera terus bertukar.
ni lagi lah.
i angan2 nak ke Pakistan kan.
then the mission ke Pakistan adalah explore the food there.
jadi almost hari2 i dok usha street food kat sana.
then find out lah how to cook dari YouTube.
so i nak masak hari ni.
prepare apa yang patut.
Bawang besar tu mmg kena banyak.
Lagi banyak lagi manis masakan.
Cumin dan coriander powder ni memang memainkan peranan dalam masakan Pakistan ni.
satu lagi garlic n halia paste tu mmg kena ada.
kejap je masak nya.
dah siappp.
Nasi Brasmati dah ada.
Pakistani Chicken Curry dah ada.
Salad n Papadom ada.
soooo jom makan.
i buat kan salad cam ni je.
sedapppp.
makan fresh2.
sedapnya.
Jom tengok recipe nya.
senang je.
Bahan:
1 ekor ayam - potong ikut suka lah. I potong 12
3 biji bawang besar - hiris nipis2
2 biji tomato - dice
1 TBS garlic paste
1 tbs halia paste
4 biji pelaga
1 cinnamon stick
1 tbs cumin powder
1 tbs corriander powder
1 tbs garam masala
1 ts serbuk kunyit
2 tbs chili powder
3 TBS Greek yogurt
Garam
Chicken stock
2 btg cili hijau (potong panjang2 hiasan)
Daun ketumbar (hiris for hiasan)
Cara:
1. Minyak panaskan dan masukkan bawang besar lalu gorengkan hingga kekuningan.
2. Masukkan buah pelaga dan kayu manis n tumis lg.
3. Masukkan tomato dan sikit air lalu biarkan hingga tomato masak lumat.
4. Masukkan semua rempah serbuk dan kacau hingga keluar minyak.
5. Masukkan ayam dan kacau rata.
6. Masukkan sikit air supaya tak hangus.
7. Kmdn masukkan yogurt dan biarkan hingga minyak keluar.
8. Then masukkan semua garam dan chicken stock.
9. Sblm tutup api masukkan daun ketumbar dan cili hijau.
Dah siappp
#yaniscooking #yaninthekitchen #pakistanichickencurry #desimode #chickencurry #instafoodies #instagram #instafood #bonding #pakistan #thirdtime #lunch
i share kan kat sini cam ne i masak PAKISTANI CHICKEN CURRY ni.
or in Urdu, CHICKEN KA SALAN.
memang berbeza dgn cara kita masak curry lah kan.
senang je.
saje je kan.
nak bukak2 cam gitu.
tak pe biar i syok sendiri.
bahagia tau rasa hati.
Selamat mencuba.
welcome back hehe
ReplyDeletehahaha.. ye lah Syaz.. kemalasan yang menghambat. teruk betul.
DeleteAlahai sedapnya :)
ReplyDeleteMinta halal resepinya ye tuan tanah hihi
sure2. no hal. lagi ramai yang mencuba lagi bagus.
DeleteBila masak terus menjadi memang bahagia rasanya dpt mkn masakan sendiri
ReplyDeleteye nina. seronok tak terkira.
Deletetengok gmbr makanan mak masak pun rasa sedap., huhuhu
ReplyDeleteheheh.. ye lah kan.
Deletejom aktif semula he hee skali skala
ReplyDeleteye lah. berblog ni ada pasang surutnya bagi i. kita tgk je lah nnt kan. hehehe
Deletenampak sedap masakan sis, lagi sedap bila hidang dalam bekas macam tu :)
ReplyDeletealhamdulilah.. bila seisi rumah suka kita pun suka lah memasaknya kan.
DeletePandainya masak, suka salad tu, menyelerakan..
ReplyDeletealaa uuu.. tgk youtube je pun. hehehe.. saje suka2 mencuba.
Deletehaah Baca buku ustazah berbasikal pakistan cantik sangat. Mudahan dapat pergi sana. aamiin. Sedapnya kari dia.eh belum makan dah rasa sedap...tenguk pun dah tahu mesti sedap
ReplyDeletekan.. memang menggamitkan perasaan ni. teringin sgt. mudah2an menjadi lah pergi nya nnt.
Deletememang sedap you.