Almost 2 weeks kan kita alami cuaca panas membahang.
rasa2nya ada sekali kot hujan di malam hari.
tapi tak lama pun.
pagi hari dah terasa bahang kalau berada di luar rumah.
badan jadi lesu, letih, lembik kalau outing even in short time.
i lah tu.
keluar beli groceries tak sampai 2 jam pun balik sakit kepala bawak sampai ke malam.
serba tak kena.
rumah AC 24/7 pun masih tak rasa sejuk.
so since dah panas2 ni tekak pun rasa kering je.
rasa nak minum or makan benda sejuk2 lah kan.
as a dessert lover i mmg suka prepared any kinda dessert lah.
tapi tak boleh bebanyak.
kalau tak memang ke tong sampah lah.
so hari ni i buat benda ni.
Tau Fu Fa Cincau Jelly.
simple sangat buatnya.
dah tak keluar ke pasar malam dan dapat makan Tau Fu Fa kita buat ala2 lah ye.
Jelly type of coz tak sama dgn Tau Fu Fa pasar malam.
texture of coz berbeza.
yang penting dapat buat dan dapat makan.
Semak2 almari stock i ada Jelly Strips.
so i pakai yg tu je.
ada Jelly Powder tp tak nak pakai lah.
Jom tengok recipe nya.
Bahan
5 strips jelly strips.
2 SB gula pasir.
2 caw air
2 caw air soya kotak any brand.
sikit flavored cincau.
Cara
1. basuh dan jerang jelly strips bersama air.
2. masukkan gula pasir dan biarkan larut semua hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan air soya dan kacau rata.
4. let it boil for awhile.
5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
6. potong dadu cincau dan letakkan dalam bekas acuan.
7. Perlahan2 tuangkan air soya ke dalam acuan yang berisi cincau.
8. let it cool sekejap dan masukkan ke dalam fridge.
Air gula melaka.
1 buku gula melaka dimasak bersama 2 caw air. letakkan sikit daun pandan dan secubit garam.
biarkan mendidih dan sedikit memekat.
Serving
Keluarkan jelly ke dalam bekas dan curahkan air gula. Hiaskan dengan longan atau Lychee.
ahhhhh sedapnya...
SELAMAT MENCUBA...
Cantiknya! Nak tumpang semulut...sluurrppp!
ReplyDeletehehehe.. kejap je licin sis.
Deletealahai sedapnya... dah la tengah musim panas sekarang ni...
ReplyDeleteKannn.. cuaca mmg membahang. so kena yg sejuk2 gini.
Deleteamboi sedapnyaaa sis.. makan time petang2 ni layann hehe
ReplyDeletehehehe.. sejuk je kat tekak ye..
DeleteCantek nyaaa.... sayang plak nk makan ;)
ReplyDeletehahaha.. tak boleh frame laa..
DeleteCantik persembahan.
ReplyDeleteLega di bilik tidur sejuk, selalu lari ke bilik kalau panas.
Entah saya suka panas daripada sejuk.
tq.. ye lah.. sekarang kena duduk nilik yg sejuk. boleh demam kita dibuat dek panas ni.
DeleteTengok presentation nya rasa sayang nak makan dessert tu, Yan. Lagipun uncle bimbang tercedok kepala kucing kat tepi pinggan, hihi. Ingat uncle lagi ke?
ReplyDeletehe.heee. shuhhh..shuhh.. sy dah halau dah kucing tu uncle. hehehee.. mana pulak lupa kan uncle. sentiasa ingat lah..
Deletetu bunga purple dgn oren tu xde dlm resepi pun mak., hehehe
ReplyDeletehehehee.. saje je kann.
Delete