Pages

Friday, February 5, 2021

Nasi Kerabu Bunga Telang My style my version

 


Bersungguh i mencuba buat nasi kerabu. 
google segala. 
pernah buat dulu. 
but it was about 2 years ago. 
lupa dah. 
plus i tak guna budu langsung. 
kali ni kira lengkap lah. 


our lunch


our dinner.


nampak tu budu dah tersedia di situ.


5 cups nasi brasmathi cukup 2 kali makan seramai 6/7 org. 
bersisa sikit sgt. 

Nasi Bunga Telang.
Bahan.
5 cups brasmathi.
10 kuntum bunga telang direndam. Nak kaler pekat tambah lagi. kebetulan i dah tak de stock.
3 kuntum bunga telang yg tidak direndam bunganya.
sehelai daun pandan.
3 helai daun limau purut.
garam serasa.

Cara.
1. Brasmati direndam 45 mins.
2. guna rice cooker masukkan beras bersama bunga telang, daun limau purut, daun pandan dan garam.
3. ukuran utk beras brasmathi 1 cup - 1.5 air. Ukur style masak nasi biasa pun ok je.
4. air ni termasuk lah air rendaman bunga telang tadi tu.
5. letakkan garam serasa. jangan terlalu masin.
6. selepas nasi masak lerai2 dan keluarkan bunga telang tu. tapi dimakan pun ok je.


daun2 ni semua yang dah i frozenkan. 
masih utuh elok je. 


Lengkap dgn air minum lagi tu. 

*************************************************************************************


Kena lah ada tumisan.
baru dap ehhhh.


i tumbuk serai dan halia.
bawang2 semua i blend sedia ada dah.


chili blend je pun.


Tumisan.
Bahan.
250gm santan pekat/200gm santan kotak.
1 buku bawang besar
4 ulas bawang putih.
seinci halia
2 btg serai
4 sudu cili blend. - tergantung kepedasan yg diinginkan.
2 sudu besar budu.
gula melaka/ gula pasir - ikut kesesuaian rasa.
1 asam keping.
1 kiub chicken stock.

Cara.
1. Bawang, garlic, serai, halia semua diblend.
2. tumiskan bahan blend sampai agak kering.
3. masukkan chili blend dan tumis lagi sampai naik minyak.
4. then masukkan santan beserta air sikit.
5. kacau rata sampai naik kepala minyak tu.
6. ikut kesesuaian rasa nak pekat letakkan air sikit je dan renih sampai agak pekat.
7. masukkan garam, gula, budu, asam keping dan serbuk perasa./chicken stock.

*******************************************************************************************


next time i nak buat agak basak sikit.
tak terlalu kering.
dah agak halus buatnya.


Ikan i goreng tak terlalu garing.

Serunding Ikan.
Bahan
2 ekor ikan kembung yang sederhana besar.
setengah biji kelapa parut putih.
2 btg serai.
4 biji garlic
6 biji bawang kecik
1 sudu teh lada hitam.
1 inci halia
sikit gula atau gula melaka.
garam utk dirasa.

Cara.
1. I garam kunyitkan ikan kembung dan goreng. (mystyle)
2. Kelapa disangai jangan terlalu lama. nnt hangit.
3. Then kelapa tu ditumbuk sikit2. sesiapa yang suka halus tumbuk lah lama. sesiapa suka kasar2 kejap je lah tumbuknya.
4. Ikan yang telah digoreng tadi dilerai2kan isinya dan ditumbuk halus. some suka kasar2. tergantung.
5. bahan2 serai, halia, garlic, bwg merah, lada hitam ditumbuk halus.
6. then semua bahan2 ni i masukkan dalam kuali dan sangai sekali lagi. tak nak sangai pun tak pe. gaul je bersama dan rata kan.
7. rasakan garam, gula nya ye.
8. dah siap.


Sambal Cili.
Bahan
6 batang cili merah
4 btg cili api
1 sudu besar gula
1 st garam.
air asam limau dalam 3 sudu besar.
Cara.
Semua i blend kering tapi letakkan sikit je air bersama air asam limau. i tak pakai cuka.

Budu.
1. setengah botol budu i masakkan bersama halia, serai, dan lengkuas yang diketuk2 je.
2. perahkan asam limau dalam 4 biji.
3. i letakkan suku buku gula melaka.
4. masakkan sekejap.


ada kesum.
tauge,
bunga kantan bangkit bau.
serai pun sama.


hehehe..
berkaler2 gituu.

Ulaman.
setengah buku kobis.
4 batang serai
rm1 taugeh
1 batang besar bunga kantan
Daun kesum.
semua ni diracik halus.
dah boleh hidangkan.
* Lauk2 tergantung memasing.
i hanya guna ikan kembung goreng dan telur masin.
pun dah sedap kekenyangan dah.
nnt i cuba SOLOK LADA.
tapi tak ramai suka makan kat rumah i.
kita buat sikit je lah nnt.
Bahan kita ambik sikit dari bahan buat serunding ikan tu.


SELAMAT MENCUBA..
terutama bg first timer dan bukan orang Kelantan.
adjust lah to your my citarasa.
dan make sense.


8 comments:

  1. menariknya warna dia,...tak terlalu terang. just nice

    ReplyDelete
  2. boleh tahan panjang jugak nak buat nasi kerabu from scratch ni ye. kite suka jugak tapi tu laaaa tak berapa rajen :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg renyah nak siapkan.. tp kalau dah tau mudah je kan. sebab some parts u dah boleh prepare awal like kelapa goreng tu.

      Delete
  3. fuh..sejak pkp ni lamo doh xmake nasik kerabu aduh...kerok kerok doh peruk berbunyi nih..seperti mamoh keropok keping

    ReplyDelete