cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Thursday, April 26, 2018

Merhaba Turkiye - terbang 750 meter di langit Goreme, Cappadocia (3)


Sebelum cerita hal naik belon ni, 
nanti baca dulu cerita yang lalu kat  S I N I  ye. 
Sebelum ni i masih termangu2 akan hal boleh terbang atau tidak hari ni. 
ehhhh..
lupa nak beritahu.
nak terbang apa?


niii..
nak tengok  ni, 
nak naik benda ni. 
I ke Cappadocia atas niat nak mencuba HOT AIR BALLOON.
verangan2 dah lama.
wanna dare myself yang dah berumur ni.
masih boleh ke untuk mencuba sesuatu yang daring like this. 
tapi kan masa verangan2 tu kengkadang ada lak cerita tak best like hot air balloon meletup lah..
rakyat Malaysia ada yang cedera lah.
cedera tu kira ok lagi lah kan. 
yang meninggal pun ada kan.
tapi rakyat lain lah.
siap tengok youtube lagi pasal belon yang meletup. 
terus rasa takut. 

remember or not case one girl from Malaysia yang meninggal kena sengat dengan binatang apa tah.
masa naik belon tu. 
meninggal kat Turki kan. 
tu pergi dengan family tu.

Tapi itu semua kan janji ALLAH.
kalau memang sampai time, nak buat cam ne kan. 
but still dalam hati berkira2 gak kan. 
so pagi ni kami tawakal je lah.
kalau memang even dah kena pick up pun then tiba kat sana tak boleh terbang, maka tak sampai lah hajat i.

seawal  5am kami dijemput. 
we were the first guests yang dijemput. 
then ambik yang lain kat hotel2 lain yang berdekatan. 


once sampai sini, kami tumpang bersolat.
masuk fajr dalam 5.30am.
actually there is no proper place for prayer pun. 
but since depa ni moslem dibagi tumpang nya kami kat bilik office depa.
Depa ni not like Malaysia or Indonesia..
Sesimple2 tempat pun masih boleh dipanggil mussolah.

* i bagi tau yang i bersolat kat sini bukan nak bagi tau i ni alim ye.
just nak share that, even kat mana pun kalau nak solat boleh je.
no need proper place kan.
asal bersih.
in fact tak payah tanya orang pun kita boleh je solat kat mana2 celah bedah yang kita boleh solat.
sekarang info semua on our finger tips je.
petik je lah smartphone memasing tu.
yang penting ada penanda arah kiblat, itu dah cukup bagus.
Sis Mona memang cepat je cari arah kiblat. 


mamat2 yang kat sini lah bagi tunjuk arah bilik for us untuk solat.
solat dulu lah kan.
nak naik belon, kot2 nanti apa2 at least sempat tobat sikit. 
hehehehe.

i was using this agent, Gule gule Travels. 


Nanti i cerita pasal this travel agency lah ye. 


Saje je i nak merakam bilik boss depa ni. 
Memang ada sejadah dalam bilik ni. 
Maksudnya memang moslem lah depa kan. 

Waktu kita masuk dalam bilik ni pun nampak ada sorang lelaki bersolat. 
MASYALLAH..
sejuk rasa bijik mata tengok.
Kami tak nak tunggu hingga dia selesai solat baru kami solat. 
so i bagi tau sis mona, kita on je kat bahagian belakang mamat ni.
dia pun macam dah nak habis solat. 


Kat sini kami bersolat. 
tak payah kira lah nak tempat proper. 
Nampak bersih, kita jalan je. 
Semoga ALLAH merahmati pemilik syarikat ni. 


Then kami masih ada masa untuk breakfast. 
Memang ini dibagi pun. 
Never thot ada breakfast tau. 
i tak cari sangat info pasal packages yang ada ditawarkan. 

Faham2 lah breakfast yang disediakan.
No nasi lemak, no roti canai ye. 
tapi timun and tomato dia sedap weiii..
crunchy sangat. 
manis gitu. 
sedap meratah. 


Dapat coffee or tea and bread dah cukup pun. 
lagipun masih pagi lagi so  perut tu tak lah lapar sangat.
tapi disebabkan sejuk, memang patut isi dengan hot drink lah.


Macam2 kami makan pun. 
kenyang lah. 
Muka dua2 ceria je even hakikatnya kami keletihan. 
but to tell you the truth i memang tak lah keletihan sangat2. 
Maybe rahsia minum Royal V and mustanir plus Makjun Dhuha kot. 


Memang luas kawasan dalam ruang menanti ni. 
Kami makan sambil menanti akan dibawak ke kawasan Hot Air Balloon nanti tu. 
we were enjoying our pre-flight breakfast with hot coffee and tea. 


bila our group dipanggil terus naik transport yang disediakan. 
kami berjumpa orang lain pulak di sini. 


Ada dalam 18 orang kesemuanya. 
Might be kami satu bakul lah tu. 
tup2 dalam ni ada satu couple dari Malaysia yang bercuti. 
tapi depa ni dari UK. 
study lagi. 
kira honeymoon lah kot. 
new couple. 


tiba kami di kawasan lapang ni. 
our launch site. 
Di kelilingi batu2 macam dalam gambar ni. 
Rock formation since long back lah. 


this is our balloon. 
got ready dah. 
masukkan udara dah ni. 
i cud consider our package ni as the standard package lah. 
sebab ramai masuk satu bakul tu. 
paling ramai dalam 20 persons. 


some dah mula panas dah tu. 


this is the company. 
Voyager Balloon. 
company yang dah lama dah.
Kalau nak rasa lebih yakin pilihlah company yang dah established. 
Recommended lah yang ni. 



semua orang berselfie. 
kita pun teringin. 
hakikatnya lepas tangkap i delete. 
tak sanggup tgk muka sendiri. 
rasa kembang sangat muka kalau berselfie .
tak sanggup teman. 


memula dimasukkan udara.



dah ready nak masuk dalam bakul.


mula nak melangkah masuk ni. 
macam2 youtube i tengok just to find out cara nak masuk dalam bakul tu. 
kita sedar diri wak yang kita ni ada sakit tulang belakang. 
mana lah tau tersangkut kot2 kat bakul tu kang. 
habis kita.
hehehehe..
tapi akhirnya berjaya lah.


MASYALLAHHH..
once mula terbang, was so happy.
impian jadi kenyataan.
SUBHANALLAHHH.
happy sangat wei.
bab2 ingat kot meletup kot, bab terjunam ke bawah kot. hilang semua.
hehehehe.
ALHAMDULILAHH..
ALLAH protect us with HIS BLESSING. 


kena trust lah dengan our pilot ni. 


tak terfikir boleh terbang setinggi ini. 
the moment you have dreamt of.
up. up and away. 


i tunjukkan je lah gambar2 i ye.
keseronokan berada di sini.
Di langit Goreme.


rasa aman sangat berada di atas ni.




sorry lah ye..
Gambar Mak Bedah banyak sangat ni. 
walau hakikatnya badan penat, tapi hilang dek keseronokan ini. 

below you, a unique landscape.
combination of natural beauty.
rock formation yang tak akan kita dapat di mana2. 
di bumi Goreme ni lah yang ada. 


kami naik dan naik lagi. 


Matahari dah mula nak keluar. 
This spectacular view memang rare lah.


kata our pilot, some cud fly up to 800m..
so kami dibawak setinggi 750m.
kata dia lah. 
so kena percaya lah.
memang tinggi kami di atas. 




Almost one hour kami di atas ni. 



then our truck pun get ready.
kami dah nak landing dah. 


berusaha si abam2 ni tarik our basket ke tempat sepatutnya. 


ramai dah landing dah. 
approximately 1 hour.
ALHAMDULILAH cuaca pun cantik sangat. 


Nak turun pun satu keseksaan bagi kami. 
kami nak kena letak betul2 dan dapatkan imbangan badan. 
kalau tak, mau muka kami penuh kat suratkhabar depa besok ni. 
Bak kata our pilot ni lah. 
Jangan pulak tak jatuh dari 700meter ni, kami jatuh yang takat 2 meter ni. 
hehehehe..



ALHAMDULILAH..
selamat mendarat dengan our good pilot ni. 
Mr Hakan Vildiz.
asyik menyakat i sebab dia kata muka i muka cuak..
eeeeee, ye ke.
alaaaaaa.. ye lah tu. 
never tried before. 
experience yang once in a life time. 
i memang recommend lah, those yang nak travel ke Turkey, sud try this. 




ehhh. ini my sijil tau. 
commemorative gifts. 
so everyone yang terbang, sure dapat ni. 


once semua keluar dari bakul tu, ada pulak this.  
Champagne ini kira macam most important lah once completing a balloon flight for pilots.
this is actually a blooming tradition lah since Montgolfier brothers yang made the first flight in 1873.
kira once landing tu kena celebrate dengan champagne. 
Hopefully si Erdogan nanti ni do something lah about this tradition. 


Tapi since our pilot ni moslem kot. 
yang dikocok tu sparkling water je pun. 
kebetulan dia noticed pun ada beberapa moslem dalam group dia. 
maybe lah. 
yang air kuning tu yang lain2 lah yang minum. 


then ini lah the crews for our balloon. 
gagah perkasa semuanya. 
berat weiii bakul tu.
menolak, melipat, segalanya dibuat. 
ALHAMDULILAH, i was so happy. 
rasa satu kepuasan yang sukar digambarkan. 
impian jadi kenyataan. 
berbaloi dengan package yang dibayar.
paling penting i bersyukur waktu kami waktu yang sesuai untuk dibenarkan terbang. 
Memang dah tertulis, seminggu sebelum kami sampai, kesemua trip cancelled due to the weather.
then tiba time kami, dapat. 
and the next day, diberitakan tak boleh terbang. 
dan tour guide ada whatapps i bagi tau, in APRIL hanya ada 3 kali saja yang boleh terbang. 
bayangkan kehampaan di muka kami sekiranya time kami tu, tak boleh terbang.
SYUKUR YA RABB.
semua dah tertulis. 

DIA yang maha tahu segalanya. 
Bersyukur dapat menikmati keindahan alam ciptaaanNYA.
Pengalaman yang tak mungkin dilupakan seumur hidup. 
siap berangan2 kot2 i boleh bawak my omel nanti ke sini. 
tapi kalau pegi nanti i wanna spend about 3 days here. 
i love Goreme, Cappadocia.
INSYALLAHHH.

Saturday, April 21, 2018

Merhaba Turkiye - On the way to Cappadocia (2)



baca cerita i kat DOHA ye. 
kat SINI tau. 



Departed from Doha at 2.05pm and the average flight time is about 4 hours 13 minutes with the distance of 1,689miles. 
and ALHAMDULLILAH we  arrived at Atartuk International Airport, Istanbul at 6.20pm.
a bit rainy masa ni. 
and this airport MASYALLAH full of Turkish Airlines. 
nampak sangat busy  this airport. 


Kami dah settled hal immigration yang beratur panjang. 
agak kurang teratur lah gamaknya. 
dah pegi  ke lain2 negara, (walau tak banyak) dapat i rasakan yang immigration Turkey agak berserabut sikit. 
Ataupun maybe masa kami sampai tu banyak flight turun kot. 
Like transit for umrah. 
Maybe lah.
anyway, satu pengalamanlah..

Mereka ni bukan Turkish. 
Sebab depa ni Q like other nationalities. 
so terang2 bukan Turkish. 
Muka hensem2 dan cantik2.
tapi ya ampun, kasar2. 
i ingat i ni pengasar lah kot. 
depa lagi laahhh..
10 kali ganda kasar i kot. 


nak tau kasar tak kasarnya depa. 
Kami tak realized pun yang trolley di airport ni kena guna coin.
dari jauh nampak trolley terus kami nak ambik lah. 
tup2 melekat trolley tu tak gerak2. 

then patah balik kami ke satu area nak menukarkan our duit kepada coin turkey.
kaki2 kami ni dah letih.
patah balik tu buat kami mengomel, siap bising kenapa lah tak ada notice saying kat sini ada coin.
siap nak tangkap gambar tu. 
tup2 tak sempat.
gara2 phone n camera ada problem. 


patah balik ke trolley area. 
ingat beratur lah kami. 
tak dan beratur beb, orang dah potong Q kita.
kita tak pandai nak kasar2 like depa.
diam lah kat situ pandang memandang. 
siap ada macam nak bergaduh. 


tengok ni. 
depa siap berebut duit siapa masuk dulu tu. 
badan memasing, mak aiii. 

then i noticed, makcik baju cerah ni tak dapat trolley.
disepaknya pakcik baju cerah ni. 
hehehehe..
ini i tak sure.
orang mana.
Turkish ke orang2 dari negara lain. 
tengok gaya macam Turkish kan. 
the way they dress esp the ladies. 


ALHAMDULILAH dalam pada gitu gini, 
dapat dah luggage kami. 
satu trolley kena guna coin TL1.
kira macam RM1 lah gitu. 
then  kami nak menuju ke Domestic Terminal. 
Nak ke Cappadocia. 
tanya orang. 
(penting ni tanya orang agar tak sesat ke mana-mana).


Hati panas tadi tu sejuk je tengok mamat hensem kat pintu keluar ni. 
You senyum kat i ye.. 
i Enyum kat u balik. 
si Burak Ozcivit.
hilang sikit segala penat bila tengok orang hensem ni kan. 
bagi semangat lah sikit. 


once keluar je dari pintu, kami turn to the left then nampak information counter. 
Sis Mona kita yang bertanya. 
i busy dengan my camera yang lambat nak warm up tu. 


lepas counter tu terus kami ke arah kiri tadi lah. 
nampak dah dari jauh, domestic terminal.


dua2 menyorong trolley memasing.
nafsi - nafsi.


wish nak guna walkalator tu. 
tapi tak boleh bawak trolley. 
terpaksa lah menyorong pelan2. 


see, luggage dah macam ni. 
dalam luggage yang the biggest tu ada luggage lagi tau. 
the smallest tu penuh dengan winter coat i. 
Back pack lagi. 
tu yang plastic bag tu adalah abaya yang dibeli di Doha tadi tu. 
belum apa2 macam dah beranak2 bag i dah. 


sebelum we all checked in, kita isi perut dulu. 
singgah je one cafe here, then ambik apa yang patut lah.
like bread dia ke, cake dia ke, macaroon dia ke.
ALLAH, cantik2.


i just took some bread.


and water. 
nak kata lapar sangat tak lah jugak. 
sebabnya badan dah betul2 penat. 
just imagine kami dari Malaysia at 2.50am on March 27, 2018 and now  masih di airport lagi. 
and almost on the next day lak kiranya kan. 
plus jarak waktu kita tu beza 5 jam. 
orang dah tidur dah bangun balik kami masih ke sana sini. 


jadi makan nya takat ini je. 
keras lah pulak. 
kena pulak lelangit i luka pasal asyik mengesip candy for sore throat. 
jadi bertambah2 tak lalu nak telan. 
lagipun tekak belum jadi tekak orang Turki yang makan roti keras ni. 
Bagel. 
Tengok orang Turki makan ni, sedap je tekak depa. 
kita tak lalu lah pulak. 
ataupun i was too tired.
nak kata physically, tak gak. 
maybe mentally. 
Nafsu apa pun semua lenyap. 
then kami pun got ready, CHECK IN. 


for domestic flight to Kayseri Airport, we took Turkish Airlines. 
Basically there are 4 departures from Istanbul to Kayseri during a day. 
Awal pagi hingga lah almost midnite. 
We took at 11.45pm on March 27, 2018 from Atartuk Airport and arrived at Kayseri Airport at 1.10am on March 28, 2018.
tapi usually fly in winter, time dia akan berbeza. 

Sebenarnya ada satu lagi airport yang boleh kita gunakan dari Istanbul ke Cappadocia ni. 
Sabiha Airport. 
but since we all tak nak pening2 kepala, we just took the flight from Atartuk Airport je. 
Cuma kena beralih from International to domestic terminal. 
bit easier. 
ramai yang kata kalau dari Sabiha might be cheaper. 
tapi disebabkan keadaan kami dan masa, better tak payah nak pening2 kan kepala. 
maybe belanja besar sikit tapi menyenangkan. 
another way is, naik bus. 

Idok ler teman sanggup. 
even just cost you around USD20, but it wud take you another 11 hours on board. 
tak sanggup i. 
orang muda tak pe lah. 
lagipun kami sayang our times. 


ok lah back to our story kan. 
beratur lah kami. 
tak ramai lagi orang since we cud say, kami agak awal lagi. 
Luggage for cargo, dalam 20kg je. 
satu bag i kena hangkut ke cabin.
ok lah lagi sebab agak ringan.
just bag for winter coat.


then after immigration check, kami ke boarding area.
tak ramai orang masa ni. 
I ajak Sis Mona ke satu sudut bahagian belakang sekali di area ni. 
you, kaki dah mengamuk. 
dah gemuk dengan kepenatan.
bit swollen you.
i bilang to sis mona, "Mona, apa kata kita lelap kat belakang tu".
"Kita luruskan pinggang dulu"
At first sis mona cam tak nak. 
"Ok ke Yan"
tapi i insisted coz i was too tired.
even tak lelap pun paling tidak jangan sampai my back bone menangis. 
kalau back bone menangis, pakai nampak i pun akan meratap hiba nanti. 
susah nanti kan. 

bila dapat sudut cantik sangat, apa lagi, set alarm you.
Bayangkan lah kalau kami terlelap lena dibuai mimpi, 
mau nangis tak berlagu. 
hehehehe.

memasing letak kepala terus hilang. 
dapat kami melelapkan mata sekejap. 
ALHAMDULILAH bila alarm berbunyi, 
rasa orang dah ramai kat boarding area ni. 
sib baik sedar. 

kata sis mona, "tak sangka kita tidur kat airport ye yan. 
"ingat orang ...... je yang bergelimpangan kat airport tu tidur.
hari ni kita buat. 
hehehehe.
tak apa.. 
ini pengalaman namanya. 


pukul 22.40 ni kami naik shuttle menuju ke kapal. 
dah lah sejuk beb. 
hujan pulak tu. 
memang beku badan. 
tapi mata agak segar sikit lah. 
dah lelap tadi. 


senyum sumbing ni namanya. 


dalam shuttle menuju ke kapal kami.


agak berkabus sikit. 
hujan punya pasai lah kot. 
lagi pun kan spring time. 
gitu lah gamaknya.


naik ni kami macam dah ready2 nak lelap lagi. 
tapi i ni kalau tak dapat tilam, memang susah nak tidur lena lah.
sleep sleep chicken je lah nampaknya. 
tak pe. 
janji dah ok sikit kan. 


ALHAMDULILAH. 
tiba kami di Kayseri.
at 1.10am March 28, 2018 sampailah kami. 


time for luggage. 
masa ni dah agak sunyi dah. 
kami je yang ada di sini. 
mata semuanya dah kelat2. 


tak besar airportnya. 
masa tiba di luar, nama i dipanggil.
we took airport  transfer thru our agent di Cappadocia. 


rupa2nya not only 2 of us. 
kena tunggu lagi  others yang akan menuju ke Goreme. 
lama gak menunggu ni you. 
kat luar ni dah lah sejuk beku. 
berangin2 gitu. 
nak masuk ke dalam tu dah tak mungkin kot. 
i think almost 30 minutes gak kami kat luar ni hingga dibawak ke our transport. 


luckily si bang drebar ni tolong bawakkan luggage i. 
suka hati i. 
tak perlu nak mengheret. 
Syukur sangat. 
orang lain heret sendiri. 
rezeki kan. 

but still dah duduk dalam van ni,  tak gerak lagi. 
aduhaii. 
bila ni bang. 
I dah lelap2 gitulah.
then i think almost at 2.15am baru kami bertolak ke Kayseri. 
and the distance between the airport to Goreme is about 75km and maybe takes us around 1 hour lah to arrive there. 
dalam pada lelap sedar tu, i rasanya macam slow je dreber ni bawak.
rasa macam nak cakap dengan dia, cepat sikit lah bang oii.

then baru lah nampak dalam gelap2 tu pekan Goreme.
nampak lah gua2 yang biasa nampak dalam gambar tu.
dah sampai lah.
tapi tak sampai hotel kami lagi.
kena turunkan yang lain2 tu kat hotel2 yang berlainan.
sabar je hati kami.
then kami lah yang the last one.


almost 3am kami sampai you.
lembik rasa badan.
tapi tetap bersemangat. 

masa di airport tadi Mr Sergio, our agent dah called.
"Azian, tomorrow get ready at 5"
the transport will pick u up"
orait.
happy kan.


but then, mamat tu, tu yang dalam gambar tu.
cakap cam ni "Might be tomorrow you cannot fly".
Eeeew, apa barang kan.
dah jauh2 datang, dah penat2 separuh nazak ni, tup2 hang habaq tak leh terbang. 
i terpukau sat. 
terpisat2 dek sebab penat dan mengantuk ni tadi. 
macam nak luruh jantung i masa ni. 
but then sis mona said, "yan, kalau kita tak boleh terbang besok, how come Sergio suruh get ready by 5".
masuk akai gak kan..
tak pe lah.
kita rehat dulu kejap.
kot2 lah boleh tidur.
tapi hal besok ni cam ne ek?
boleh ke kami terbang?
dapat ke naik belon ni.
Sampai ke hajat yang menggunung ni terlaksana..
okkk. 
kita sambung sooonnnn..
daaaaaaa..

cliks..cliks