Pages

Tuesday, December 23, 2025

Manana Afghanistan - Kabul Tour (4)



Day 1 - October 30, 2025
Thursday
Kabul Tour. 

sampai di hotel kami check in dulu. 
fresh kan diri sikit.
perjalanan jauh kan. 
tapi kalau i la, badan i tak terlalu penat sehingga i rasa i need to rest kat bilik while the others pegi la korang jenjalan sana. 
coz of the weather pun sejuk maka i tak rasa penat pun. 
maybe seronok tu yg buat kita ni happy je. 


memula sampai cuak betul wei. 
hotel ke apa ni.
sebab i tgk macam kilang je dr depan. 
scary wei. 
stated hotel ni hotel 3/4 stars tau. 


masuk lorong ni. 
woww..
very strict. 
tak boleh tangkap gambar tau. 
so i tak ambik la. 


selepas security check baru la blh masuk ke area reception. 
credit to (Redziah Mohamad - FB). 
i tak berani nak tangkap gambar bila dah dibagi tau la kan.


me took twin beds.
bilik memang selesa. 
bilik mengadap taman hotel. 


selesai semua urusan di bilik kami bersedia utk keluar. 
nak lunch dulu la. 
lapar. 
time ni dah kira2 pukul 2.05pm (AST).
kalau malaysia tambah kan another 3.30 hours. 
memang dah sangat2 lapar la kan. 


kami ke SHAAM KABUL RESTAURANT. 


ni mmg dalam my list. 
tapi adoiiii. 
naik tangga wak. 
struggle i naik. 
tapi demi Kabuli Pulao dan perut lapar ni kita kena gagah la kan. 


unique resto ni. 


kami tiba di sini ada la beberapa orang customers baru je habis makan. 





banyak barangan antique. 
bukan untuk dijual tau. 


ada bahagian makan duduk di meja. 


ada ruang makan duduk bersila ye. 


jom kita pilih menu apa yg menarik. 


Kak Diana (bekas guru yg sama2 dgn i mengajar di SEK KEB JALAN PEEL dulu. 
She joined me in this trip. 


ni yg kami order. 


NASI KABULI PULAO. 
ya ampunnnnn. 
nasi dia sedap. 


ni namanya ROSH. 
wak ckp lu weiii. 
hhhhh. 
no word to say la. 
sumpah mati beb. 
mmg sedap. 


LAMB KEBAB and the roti. 
kebab dia, SUMPAH. 
sedap sangat2. 
sampai hari ni i teringat2 sangat kebab dia ni. 

rotinya kami ambik 3 je. 
takut tak habis. 
besar sgt roti dia. 


kitarang order teh. 
depa panggil CHAI. 
jangan keliru. 
kalau di Afghanistan CHAI means TEH O ye. 

kalau kat Malaysia, Kashmir, Pakistan bila sebut chai, sure kita tau ada susunya. 
ni tidak tau. 
no susu, no sugar dalam tu. 


maka belajar2 la minum teh kosong ni ye. 


selesai kami makan. 
licin wei. 


kawasan resto ni adalah kawasan pembuatan carpet. 
in fact ada courier service di sini. 
siapa nak beli carpet, silakan. 
kita ni mandang je la wak. 
belum waktu nya. 


bergerakla kami semua ke tpt lain pulak. 


kami langsung tpt untuk menukar duit. 
memang disarankan untuk membawa USD dan EURO then tukar di Afghanistan. 
yang bestnya tpt tukar duit ni selamba je bersepah di tepi jalan. 

tak berani orang nak rompak wei. 
sebab Afghanistan ni mengamalkan hukum hudud dan qisas. 
siapa berani merompak, sila kan. 
potong je ler tangan depa yg mencuri/ rompak tu ye. 

hukum qisas pun diarang practise kan. 
ko bunuh orang, nnt ahli keluarga yang dibunuh tu akan bunuh ko balik. 
cam tu la kurang lebih, 
siapa belajar mata pelajaran JENAYAT waktu sekolah agama di Johor sure tau akan hal ni. 
since mengamalkan hukum islam sebegini, kadar jenayah mereka memang sangat rendah. 
rakyat hampir2 40 juta lebih, yg ada dlm penjara pun maybe around 200++. 
ni yg i tau la. 
sesiapa nak carik tau hal negara Afghanistan ni, sila kan. 


satu lagi. 
nampak tau perempuan yg sedang menunggu sesuatu tu. 
kita kan diberitau yg perempuan tak dibenarkan keluar. 
berlambak je wei. 
ok je perempuan2 ni nak ke mana2. 
tiada larangan. 
in fact ada je yg berjalan sorang2. 
so Afghanistan ni SAVE  je. 


lepas kita tukar2 duit ni terus kami ke satu tempat yang memang i nak sangat pegi. 
apa istimewa nya tempat tu. 
nanti kita ke sana ye.


masa ni dah masuk asar dah. 
then nampak tak tu. 
ada orang solat kat tanah kat situ je. 
ni la yg unik nya Afghanistan ni. 
ok nnt kita sambung ye. 












 

17 comments:

  1. mknn semua nampak sedap! menarik betul la holiday kat bumi afghanistan ni...tak sbr nak baca next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak mmg suka cuba food. jd semau jenis food baru habis dicuba.

      Delete
  2. Menarik negara yang dilawatinya, teringin juga nak ke Afghanistan. Menu makanannya nampak menarik sangat, pernah makan nasu pulao tu di Cameron Highland, orang Pakistan masak memang sedap. Kalau dapat daging ketul2 macam tu memang puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat je Afghanistan. makanan pulak murah2 sgt. puas hati.

      Delete
  3. Menariknya di sana. Bagus diorang amalkan hukuman begitu, negara pon lebih selamat dan kurang jenayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg menarik cuya. islam sebenar2nya. saudi pun tak buat cam tu.

      Delete
  4. bestnyaaa...hati SA trpaut pada Rosh tu..sedapnya...rusuk tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap SA. terliuq akak ni tau. lembut sgt daging2 dan lemak2 dia tu.

      Delete
  5. Nak masuk hotel pun bukan main ketat dia punya pemeriksaan ye kak... tengok nasi dengan daging tu pun dah tahu super lembut. Nampak macam kosong je tapi mesti berempah betul. Cantik karpet kt situ kak... Memang lain macam tempat tukar duit tepi2 jalan je ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi pulao tu tak berempah Dana. tp maybe lemak2 daging tu yg buatkan nasi tu sedap sgt.
      carpet tu mmg la. tp akak tak teringin nak beli sebab sayang duit. hahahha.

      Delete
  6. Nampak pun sedap Kak Yan. Beef tu pun nampak lembut dan juicy. Moga kami sampai sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap mulan. teringat2 sampai sekarang ni. hehehe

      Delete
  7. tengok gambar pun dah nampak sedap, apalagi jika mencicipnya.. nasi kabuli pulao tu agaknya lebuh kurang kut dengan nasi kebuli raub orang rao.. yayasan amal banyak kali jugak pi afghanistan untuk misi banjir dan gempa itu hari..

    ReplyDelete
  8. Nampak eksklusif restorennya..nasi nmpk simple takde colourful tp sedap betul ya

    ReplyDelete
  9. Betullah.. dari luar nampak macam kilang.. rupanya hotel tu ada di dalam.
    Nampak rusuk sekali dengan lemak-lemak tu memang syahdu.. mesti lembut.
    ooo Afghanistan amalkan hukum hudud & qisas. Memang tak beranilah buat hajat kalau begitu.

    ReplyDelete