Pages

Sunday, March 12, 2017

Melepas rindu



Last week dapat video calls dgn Abang Luqman dan Abang Irfan.
Tanya i bila nak jumpa lagi.
I memang dah plan nak menjenguk depa end of the month. 
Bila dengar rayuan anaknda tu terus tengok ticket kapal terbang. 
Eeemmm..beli u. 
Now me in Bandung again.


Our Iyan took Abang Luqman first from the gunung lah.
Then picked up Abang Irfan.
We arrived at the airport at 9.30am. 
Jadi the kids cant pick me at the airport.
Too early for them keluar dari pesantren.
ALHAMDULLILAH dapat izin keluar.


Mbak Lies yg fetched us at the airport.
Thanks to Mbak Lies. 
Syukur punya teman seperti beliau.. 
Mudah2an our ukhwah terus terjalin.

Then we met the kids at Ciwalk.
Drama Korea lah pulak kami kat situ..
Peluk2 cium2 gitu.
Rindu sangat.
Peluk macam tak nak lepas rasanya..


Then kami makan di Cafe Bali.
Langsung masuk ke hotel.


Di bilik hotel kami jamu food yg dibawak dari Malaysia.
I cooked Rendang n Pulut (My Mommi buat) for them. Chef CiJu buat spagheti sardine.
Sakan depa makan.
Lepas windu.


Macam ada perbezaan anak2 ibu berdua ni dah. 


lepas sangat rindu kami. 


Grown up sangat nampaknya. 
Walhal tak tengok just 2 minggu. 

Pagi ni kami makan lagi food lebihan.
MASYALLAH..tak basi pulak tu.
Alhamdullilah.


Breakfast kami pagi tadi.

ALHAMDULLILAH..anak2 sihat dah.
Esok baru kami balik. Esok juga depa balik ke pesantren.
Anak2 berasa happy study di sini..
I m so happy.
Lega bila anak2 boleh berada di sini. 
Insyallah mudah2an mereka akan kekal dan boleh menghafaz dgn baik. AMEEN..
Malam ni boleh gomol2 lagi..

Wednesday, March 8, 2017

Suroboyo 1 - Day 1


Company trip lagi kami this year. 
budget kureng sikit..
so kita ke Indonesia je lah ye.. 
Last year dah ke Korea. 
boleh tahan gak tu budget for that. 
so this year kita man - man lai sikit ye. 
anyways, still dapat travel kan. 

We decided to go to Surabaya. 
At first supposedly dalam 12 persons yang pegi. 
But then, tinggal 10 orang je yang pegi. 
7 persons from the company, and other 3 sedara mara gitu. 
melengkapkan. 


Our flight was at 8.50am. 
dijangkakanlah. 
once arrived here, kami buat drop luggage. 
i dihantar my 'own Uber'..
heeeee.. 
Abang Luqman dan assistant, Abang 'Imran. 


Now urusan check in dibuat oleh our staffs. 
we all yang dah tuek2 ni mandang je ler.
After so many times traveling here n there, depa know how to handle all these matters. 
ALHAMDULLILAH. 


since we had a lot of time still, we decided to have something masuk kan dalam perut sebelum terbang. 
even Mem Sue cakap ada food nanti kat flight. 
dengan Airasia ni kena siap sedia..
jadi makan lah dulu.


Ini lah buat alas perut kami.





beriya2 kami ambik gambar sebelum boarding. 
tup2 kapal delay lah pulak . 
dekat one hour gak. 


after one hour. 
time to fly. 


unexpected, ini lah yang diberi Airasia buat alas perut kami. 
ALHAMDULLILAH. 
makan je lah. 
tu pun takat one slice je. 


ALHAMDULLILAH..
cuaca agak baik bila di atas ni. 


almost 2 hours kat atas, nampak dah bumi Surabaya. 
time for landing. 


 Mak Bedah semua  sakan memfoto sebelum turun. 


not bad the airport. 
agak besar gak lah. 


kocik je kata alu2an. 


selesai urusan di immigration, terus lah berjumpa dengan Pak Supir.
actually orang yang menguruskan pengangkutan kami nanti. 
Tapi nak jadi cerita, boleh pulak terjumpa my silent readers dari Johor. 
mak aiii..
malu i. 
tertiba fofular gitu. 
kat negara orang lak pulak tu. 
Thanks to Miza yang sudi menegur akak ye.. 
nanti datang Shah Alam akan belanja.
jangan lupa Nasi Beryani Batu Pahat kalau akak ke sana ye. 
heeeee.
Miza yang t shirt merah. 
bertiga beradik jenjalan ke Surabaya.. 


then kami berpisah di depan bandara. 
Miza and her sisters just spend their time in Surabaya. 
Meanwhile, kami terus menuju ke Probolinggo. 
Nak stay area Mount Bromo. 

since our perut kelaparan, kami singgah di sini.
lunch cum solat. 


kami makan di Restoren Sederhana. 



Memasing sakan sebab kelaparan ye..
lepas makan, ada yang solat.
cuaca agak mengigit panas. 
tak lama kami sambung balik perjalanan kami. 


then kami tiba di daerah ni. 
Sidoarjo, daerah yang dilanda banjir lumpur. 
kawasan 16 buah kampung yang dibanjiri lumpur hingga menenggelamkan kampung. 
cerita bermula dalam tahun 2006.
dan katanya lumpur nya maih lagi keluar sehingga sekarang. 


ada sikit bau bila menghampiri kawasan ni. 
ada bayaran yang dikenakan. 
dalam Rph5,000 satu kepala yang dikenakan 
tak tau lah siapa yang mengenakan bayaran ni. 
baca dalam blog tak ada pulak pasal entrance fee ni. 
tak pe lah kira sodokah lah ye..


memasing busy mengambik gambar. 
para penal CD banjir lumpur ni pun busy gak menawar harga..
aduiiii.. 
annoying memang. 
tapi nak buat cam ne kan. 
terima je lah. 
tolak lah dengan baik. 


begitu tinggi kawasan ini dibina tembok supaya lumpur tidak melimpa. 














sejauh mata memandang. 


Ok lah. 
kita beredar dulu. 
berbagai hikmah yang boleh diambil 
salah satunya, jangan bersifat tamak haloba. 
ini lah akibatnya. 
bukan kita saja yang mendapatnya, 
orang yang tidak bersalah pun terbabit sama. 



perjalanan memang memakan masa. 
bukan kerana jauh.
tapi keadaan jalan dan juga traffic nya.
menguji kesabaran lah senang cakap.
melalui banyak kawasan pekan dan kampung. 
memang meriah jalanrayanya. 
tak boleh nak laju pun. 
tambah lagi bila hujan. 


akhirnya kami berada di daerah Tenger.
dah kawasan Mount Bromo lah kiranya ni. 
Kebanyakan penduduk adalah beragama Hindu. 
Jawa hindu tau. 
jadi hati2 kalau makan di warung2 depa ni.


kawasan perumahan yang memang berdekatan antara satu sama lain. 
pertanian menjadi punca pendapatan.


kurang lebih dalam 2 jam perjalanan, tiba lah kami di daerah Cemoro Lawang, Probolinggo. 
di sini kami dipindahkan ke jeep untuk dibawa ke hotel.
sebenarnya macam ada hanky panky dengan company bapak supir ni.
sebelum datang diberitahu bahawa bayaran masuk ke Mount Bromo adalah Rph100,000 per orang.
di sini pulak katanya harus Rph110,000. 
dan ini adalah bayaran untuk local. 

bila ada perselisihan sedikit tadi tu, terus i ditunjukkan tickets or foreigners. 
dalam Rph 217,000.
sebenarnya tak jadi masalah kalau kami diminta bayaran for foreigners sebab kita pun tak nak ada masalah. 
tapi mereka kata cukup sahaja dengan Rph110,000. 
means tambahan Rph10,000 setiap orang. 

penambahan ini pun sebenarnya tak jadi masalah buat kami. 
tapi bila kena pindah jeep tu yang sedikit kesal di hati. 
manakala bags kami semua masih di Innova masing2. 
pelikkan.
katanya nanti takut ditanya sewaktu dalam perjalanan ke hotel kami. 
macam Mak Andeh je lah kami dibuatnya. 
iya kan saja lah i.

punnnn.. sebenarnya tak jadi masalah berpindah jeeps ni.
ada satu hal lagi yang membuat kan jengkel di hati i ni. 
nanti i sembang dengan you all. 


memang best sewaktu dapat turun dan menikmati kedinginan udara di sini. 
i memang suka betul.
keluar asap2 dari mulut tu. 


dapat kami 2 jeeps. 
pemamdu jeep ni dah pasti orang local. 
nak communicate pun macam agak pelik sedikit even i ni boleh dikirakan agak terror lah berbicara indonesia ni. 
Indonesia Jakarta gitu ibu2, bapak2.
still faham jugaklah bila ditanya jawab tu. 



anyways, just enjoy the moment. 
memang riuh ler kami dalam jeep ni.


tak lama sampai kami di hotel. 
suasana memang gelap kabut even waktu tu i rasa baru pukul 4.30petang.
gara - gara hujan.
jadi foggy sekeliling. 



lepas process check in, terus kami ke bilik memasing. 
makkk aiii. 
sejuk bebeno..
mengigit2.
sejuk ke tulang hitam.





lepas berkemas dan buat apa yang patut, kami keluar semula ke luar hotel. 
ingat nak ke pekan nak beli lah semekot ke apa ke..
malam2 nak makan kot kan.

bila jumpa dengan our supir, dibilang ohh.. tak boleh.
takut nanti ditanya oleh orang kampung. 
eeeeee..
apa hal agaknya. 
geram i rasa tau. 
dibagi tahu tempohari, petang2 boleh diajak pak supir ke pekan.
tup2 hari ni tak boleh pulak. 
i memang hangin gak. 
tapi tak nak lah cakap banyak, kang terus jadi orang Bromo lah pulak. 
pendam je dalam hati. 


Akhirnya kami hanya makan di restoran hotel ini. 
Makan lah i Soto Ayam orang Bromo ni. 
Tip..Jangan ingat Soto Ayam dia tu macam Soto Ayam kita kat Malaysia. 
Kalau u all peminat sup, fine lah. 
if not, better lagi order Gado2. 

Ok lah. 
malam tu kami tidur awal. 
seaway 8.30pm you. (waktu Bromo lah).
kira2 dalam 9,30 malam malaysia. 
esok nak kena bangun at 3.00am.
gara2 nak tengok matahari terbit di Penanjakan. 

tunggu yeeee.