Pages

Wednesday, October 21, 2015

Tak jual tapi tayang..


Baik lahh nak cerita pasal persediaan sikit.. tak mau terlarut dek duka nestapa. Dua'a kan semuga dia damai di sana....


jom kita shopping. . nak cari winter coat.. sebenarnya dah ada yang lama.. tapi dah dinamakan nafsu kan.. memang teringin nak yang baru.. siap bagi tau kat geng yang ikut sama tu, tak kan lah nak pakai lagi winter coat tu.. dah dua kali dah ke sana, winter coat yang sama je...


rupa - rupa nya memang dah tak pakai dah winter coat tu... sure mengimbau kenangan.. so memamg patut sangat beli yang lain.. dan dah ada pun.. 


anyway, i nak cerita sikit pasal masa nak beli winter coat ni lah.. me and my mommi just went to Setia City Mall.. ingat nak usha  Universal Traveller je lah.. tapi sebelum nak ke sana tu, ajak my mommi singgah Zara.. kot - kot ada lah size untuk mak giant ni. heeee


semuanya lelaki je yang ada.. pegi lak bahagian perempuan.... eeeee.. kocik2.. i ni size mak arab.. then dia ada kata yang mark down ada lah...eeemmm.. apa - apa lah belalalang.. i nak tengok dulu.. memang tak berkenan di hati. 


    


tup - tup i tertengok yang ini.. just for show lah.. tak de lagi katanya.. i suka gak tengok tu.. the salesperson tu cakap, kat KL ada kot.. eeemmmm.. tak kuasa lah i nak ke sana.. i pun terus ke bahagian ni.. tak ada penghalang pun. so i touch touch lah you.. cantik.. i suka.. then salesperson tu cakap.. memang dah tak de dah.. in fact tak boleh pegang pun.. 



eeeeee... pathetic betul.. i terus je jawab, tak boleh pegang? kenapa? entah jawabnya. management tak bagi pegang.. . i pun kata kalau tak boleh pegang kenapa letak kat situ?  kenapa tak letak dalam kandang.. eeeee....


apa kita pembeli ni tak de hak nak pegang pun tak boleh.. weird tak? i pun tengok lah rege winter coat tu.. laaaaaaaaa... takat RM599 je pun.. bukan RM5999... geram betul i.. maybe dia tgk i ni tak layak kot pakai winter coat tu.. ye lah.. perempuan berselubung cam ni ye ke nak beli winter coat yang kira - kira glamer tu.. 


tak pe lah.. lupakan saje.. i cari yang lain.. sodih den.. 





rasa penat.. me and my mommy singgah pacific coffee.. lepak kejap.. haus tekak.. then terus cari lagi.. eeeemm.. impian tak kesampaian.. 






sebelum balik, we had our lunch.. pegi Secret Recipe je.. ini yang i makan.. ALHAMDULILAH.. balik dari sini, picked up Hubby dan terus ke SACC.. akhirnya kat Going Places yang dapat i beli my winter coat.. ALHAMDULILAH... few days left.. Harap - harap semuanya berjalan lancar.. hati pun makin berdebar - debar.. PERMUDAHKAN LAH YA ALLAHHH..

Wednesday, October 14, 2015

Hilangnya seorang sahabat, Fahad Ali


Pagi Isnin lalu..

i got a phone call dari cousin to my kashmiri's friend, Mudasir.. but i cant talk too long coz i was in a middle of something.. tengah mencari tempat dengan hubby.. then i asked him to call me back within   10  minutes times. but then once kitarang dapat dah tempat yang dicari tu, without waiting for him to call me back, i pun called him.. 

dalam kepala mengagak sure Mudasir nak kirim apa - apa melalui i since i wanna go to Kashmir tak lama lagi.. at first happily asked him this and that.. but then terus dia cakap, "Puan Azian, i wanna tell you one sad news". terkedu sekejap.. sad cam ne lah agaknya tu.. kepala i macam stop kejap then i asked back, " sad? about what?"..

then dia terus cakap sambil suara macam hilang sebab menangis, "Fahad passed away last nite." hilang senyum i, terus i menjerit.. "What??? What??? Are u kidding me?? is it true?? Mudasir please tell me what happened? are u serious? 

tersentap, but i didnt cry.  i terus tanya what happened.. tapi dia sendiri tak dapat the real story.. and need to wait for the story from Kashmir. 

Goshhhh... Ya ALLAHHH.. my best friend.. my buddy.. my brother from Kashmir dah meninggal?? baru hari Sabtu lepas dia whatapps me.. sebab i tanya pasal package yang i perlu bayar for my next trip to Kashmir soon.. 

i rasa blur and blank lah. kepala rasa kosong.. Hubby di sebelah tercengang - cengang.. I told him, B, Fahad meninggal.. still i tak menangis.. cuma sebak.. Hubby termenung kejap.. dan cakap kat i, u be calm. bila Hubby keluar dari kereta sebab ada urusan, i jadi lost.. i called balik Mudasir..

"Mudasir, Mudasir, is it true the news? I terus menangis merugu - rugu tanpa malu dengan Mudasir.. terus dia menenangkan i.. suruh i bersabar..YA ALLAHHH....  I LOST MY BELOVED BROTHER DI BUMI KASHMIR.

hhhhh....sedikit cerita macamana i boleh kenal dan baik dengan manusia yang bernama FAHAD ALI ini.. semuanya gara - gara TravBuddy.. kat situ i tulis negara yangi teringin i   lawati dalam hidup i. tempat impian lah.. .. and i mentioned there, Kashmir.  it was in 2010.. One day i got a friend request dari dia.. tengok ooooo orang Kashmir.. suka lah i..added him. then dia pun messaged me back..then dia sapa i, "Hai Puan, apa khabar?".. terkejut lah kan... how come this mamat tau bahasa melayu.. so since then lah we became good friends..

we always talked about Kashmir.. dan nak jadi cerita, i sakit teruk in 2011.. and diagnosed dengan archnoid cyst. then depress teruk.. so senyap langsung tak pandang internet.. and one day, dia menyapa i.. why so quiet? what happened to you.. are u ok? then i ceritakan keadaan i.. terus dia bilang, "yan, trust ALLAH.. and come to Kashmir".. hhhhh.. how it cud be. cam ne nak pegi tempat bergolak tu.. 

dia terus cakap TRUST ALLAH, first of all, tak pe, u tengok je youtube.. maka setiap hari, i bukak segala cerita tentang Kashmir.. bila rasa sakit je, i dok layan cerita tentang kashmir.. dan persahabatan kami menjadi seronok dengan segala cerita pasal kashmir.. hhhhhhh... 

dengan takdir ALLAH i jejakkan kaki i ke Kashmir.  in April  2012 and  went there ALONE. and he escorted me from the day i arrived there till back to Malaysia.  and we kept in touch.. 


ini lah wajah Fahad Ali yang i kenal thru TravBuddy. masa ni dia bujang lagi.  dia lah yang merealisasikan impian i ke sana.. Never thot.. nampak berumur gak lah kan. tup - tup i tanya rupa - rupanya baru berumur 28 masa ni. heeeeeee... muka tua rupa nya budak lagi..

pernah tinggal di Malaysia maka itu lah dia pandai cakap Melayu. kemain lagi.. siap dengan Lorrr.. ok maaa... Arwah datok nya ada kedai permaidani di Jalan Tuanku Abdul Rahman.. Cari lah Kashmir House. 

nasib baik i ada ambil gambar kenangan berdua  sewaktu  ke sana in 2012..kira i punya trip ni custom made tour. kiranya tour yang lain dari yang di offer oleh mana - mana tour agency..  how much? well sorang je yang pegi. bilik dok sorang, kereta i sorang.. tak yah lah nak argue with the cost kan.. i spent a lot.. yang penting i happy dapat menjejakkan kaki ke bumi yang menjadi impian i since i was 12.


ini kami di Sonamarg.. lepas breakfast di Snowland Hotel.  makan roti bakar dengan omelet. YA ALLAHH. sedih nya bila teringat.. sedihhhhh..


di Sonamarg.

banyak kenangan sewaktu i di sana.. hhhh ada manis, ada pahit, ada duka, ada suka.. tersimpul satu kenangan bagi i.. bila Fahad dah tiada, i rasa memang my first trip ini merupakan suatu trip yang tak mungkin sama dengan mana2 trip yang i pegi.. 

He was so excited nak mengajak orang datang ke Kashmir.. yang i pulak memang nak orang Malaysia datang ke sana.. maka kami bersama - sama bekerja bagaimana nak ajak dan convince kan orang untuk berkunjung ke sana..  dan Routemasters lah yang mengembangkan pengunjung ke sana.. Maha ajaib nya kuasa ALLAH..

subhanallahhh.. perniagan Fahad semakin berkembang.. i feel so happy.. i believe ramai bloggers yang dah baca pengalaman i di Kashimir ni.. 


satu lagi gambar kenangan bersama selepas i check out dari Houseboat.


seronoknya dapat ke ladang epal dan segala buah ada di sini.. asyik sungguh.. Fahad was so excited menerangkan pasal ladang dia ni.. nak buat cottage lah. nak bukak ladang kambing lah.. tapi impian dia tak terlaksana.. Sedihhhhhh... 

selepas i balik dari Kashmir hubungan persahabatan kami bertambah baik dan usaha beliau semakin menampakkan hasil.. he was so happy.. and kept telling his friends, i lah yang buatkan dia berjaya. hhhhhhh.. i ikhlas.. ALLAH knows.

then sehinggalah  i sekali lagi ke Kashmir in 2014.. kali ini bersama - sama dengan other members.. kami berenam.



ini sementara dia menunggu kami.. 
sempat i snapped..heeeee.. 
gambar curi ko...


kami ke sini.. selepas check in houseboat.. 
Fahad tau, Jamia Mosque Kashmir is my favorite place..


sempat ada gambar bersama kami bersarapan di houseboat. 


baru i perasan i tak ada gambar berdua dengan beliau  waktu trip ke dua ni.. kenapa ye? keep asking why  i tak bergambar dengan dia.. dengan driver ada pulak i bergambar.. 

and i berangan bila i datang nanti i nak bergambar dengan dia di Kashmir University .. tempat yang dia nak sangat i pegi.. nak tengok Fiery Chinnars.. ini impian i.. and insyallah i akan ke sana November 5.. hanya tinggal 21 hari lagi.. tapi, Fahad dah tak ada lagi..

Fahad dah meninggal.. orang yang selalu i gaduh, orang yang selalu i berborak, orang yang selalu ejek - ejek. orang yang selalu i refer pasal ugama.. orang yang juga telah mengubah diri i menjadi lebih mencintai our rasullulah.. MASYALLAH... 

beliau membuatkan i lebih perihatin dengan sunnah rasul.. SUBHANALLAHH... dia nak me and family lebih menitik beratkan agama.. ALLAHUAKBAR... hanya ALLAH yang membalas nya. He loved reading hadith sahih bukhari.. maka i pun terikut - ikut.. ALLAHHHHH.. sedihnyaaa..


ini gambar yang ada dikirimkan ke i... tahun 2012 sebelum i ke sana.. beliau ke majlis wedding teman nya..

Fahad, my beloved brother, benar - benar terasa kehilangan.. benar - benar rasa sedih.. kehilangan yang tiba - tiba..bagai disentap. tanpa warning.. dalam usia 31 tahun beliau sudah dipanggil Illahi..  meninggalkan seorang isteri dan anak lelaki berusia setahun setengah maybe.. 

susahnya nak menenangkan hati.. bermacam yang ada di kepala i.. macamana lah trip i ke sana nanti.. sudah pasti bukan Fahad yang ada bersama kami.. sudah tiada lah orang yang selalu amik gambar guna camera i dan bercita - cita nak curik camera i.. .. sudah tiada lah orang yang akan cakap, Yan, (bunyi nya Yawn) are u ok?, dah tak de semua tu.. 

kunjungan i nanti bukan lagi dinanti Fahad di airport seperti yang sudah - sudah, tapi i yang akan menemui dia.. di kuburan dia.. bagaimana lah agaknya keadaan i masa tu.. i berharap, ALLAH berikan kekuatan.. i benar - benar terasa kehilangan beliau.. even orang yang tak pernah berjumpa pun boleh menangis bila mendengar berita kehilangan nya apatah lagi i. Chef CiJu juga sedih dengan kehilangan yang tiba - tiba ni.. they were so close. 

Fahad, my beloved brother.. tutup usia pada October 12, 2015, Monday.  tenang lah kau di sana.. semoga  kau di tempatkan ALLAH di kalangan orang - orang yang beriman dan beramal solleh.. Sayang nya kami tidah melebihi sayang nya ALLAH kepada mu.. damai lah kau di sini.. semoga kita dizinkan bertemu lagi nanti.. AMEEN YA RABB..