cliks..cliks

Pages

Followers

Intai - intai sini

Friday, September 22, 2017

Pergi ke Bandung Balik dari Bandung


Ke Bandung lagi i, Chef CiJu, MyMommi and MyDaddi.
Sebenarnya plan nak ke sana, Hari Raya Qurban yang lalu. 
tapi disebabkan anak2 tidak dibenarkan keluar masa tu, so i cancelled lah.
then on the eid  day tu, dapat call anak2, depa bilang rindu. 
Ibu apa tah lagi. 
So i decided nak ke sana on September 17.
Hari Ahad. 

Sebulan lebih kiranya berjauhan.
Lepas cuti hari raya lalu. 
hati lagi tambah rindu lebih2 lagi lepas tragedy yang berlaku pada anak2 tahfiz 3 hari sebelum i berangkat. 
Bila dapat message di WA hal kebakaran tu, i menangis je..
Kalau boleh terbang, dan, dan tu i terbang. 


Anyway, kami guna Malindo. 
Senang sebab luggage no problem lah. 


Tapi kena ambik wheelchair buat MyDaddi.


MyMommi masih ok lagi jalan kaki. 
cuma kena slow2 lah. 


Tak bawak orang tua pun nak kena makan, apa tah lagi kalau ada bersama kan. 
So kita pekena coffee dulu. 


then ada yang bantu MyDaddi dengan wheelchair. 
Nak jadi cerita, masa check in, bagi tahu Gate H.
berkejar2 lah ke Gate H.


Sampai Gate H, tutup je. 
ya allahhhh..
tukar gate. 
we all tak perasan pun. 
termasuk adik yang sorong wheelchair tu. 


patah balik naik train. 
dah cuak dah weiiii...
even dah checked in, still risau kan.


Dapat kerusi terus duduk, kesemputan. 


Perut agak kenyang lepas breakfast tadi tu. 
so bukak untuk diambik gambar. 
Best food dia. 
Pizza and muffin.
kira kenyang sangat. 


tak lama, nampak lah bumi Bandung. 
ketibaan kami disambut oleh Lies. 
My Bandung fren. 



Akhirnya dapat jumpa anak2.
Rasa tak nak lepas peluk2.
Abang Irfan kelihatan agak susut. 
Muka nampak panjang betul.
tinggi lagi dah. 
suara pun dah garau. 
Abang Luqman pun susut. 
But ALHAMDULILAH mereka semua sihat. 

**************************************************

Macam2 hal yang diuruskan buat mereka berdua.
terutamanya nak beli itu ini.
ALHAMDULLILAH kewangan dah sedikit membaik.
jadi dapat lah berbelanja untuk mereka,
Satu lagi dapat juga diusahakan hal bank card Abang Luqman.

Even tak settle masa i ada di sana, tapi sekurang2nya Mas Iyan yang tolong hantarkan ke sana ke mari on the same day kami balik ke Malaysia.


Pagi sebelum berangakat pulang. 
Baju Abang Irfan tu baju baru. 
T.shirt Abang Luqman pun. 
So muka pun ceria je. 


Penerbangan kami pagi. 
Selepas kami berangkat pulang, Abang Luqman dan Abang Irfan dihantar pulang oleh Tegar.
Abang Irfan mau dihantar balik pagi2. 
Risau dengan hafalannya.


seronok dalam kapal ni. 
tak ramai orang.
duduk sorang2.
then stewardess bagi makan..
i agak kelaparan sebab sikit je breakfast tadinya. 
pizza dia sedap. 
makan bersungguh i. 
then she asked me again, nak lagi tak. 
heeeeee..
i cakap nak lah. 
lapar.
bagi lagi u.
i makan lagi. 
dia datang balik, tanya nak lagi tak. 
malu i jadi nya. 
i kata udah ler.
Tapi dia bagi gak. 
kita tapau lah kannnn.


siap offer nak bawak balik lagi tak. 
tak pernah dapat offer macam ni  dalam kapal tau.
Malu i jadinya.


Sampai airport, sebelum balik kami pekena Nasi Lemak. 
Laparrrrr.
ha..haaa..haaa
weighing scale melompat sakan you.
kesan kalau travel. 
layan kan je lah.
Anyway, hati dah senang sekarang.
anak2 dapat dilihat depan mata. 
pesanan berbagai2 sudah disampaikan..
semoga mereka tenang belajarnya..
Semoga ALLAH sentiasa memberkati mereka. 
semoga diberi kelancaran semuanya. 
Semoga ALLAH melindungi keselamatan mereka. 
Kita serahkan ke ALLAH yang menjaganya.
Menjaga Anak2 syurga kami..
AMEENNN YA RABBBB.

12 comments:

  1. Mak2 semua sama agaknya... kalau boleh nak anak2 dok depan mata... bila berjauhan rindu... kalau anak bersuara sikit rasa nak menerpa pergi..

    Makchaq pun suka Bandung sebab makanan dia kena selera... makchaq suka makan... tapi tekak nasik... indon, thailand, india rasanya x kisah nak pi.. sebab makanan depa makchq suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan makchaq. jadi tak tentu hala. hati ibu lah katakan.

      Delete
  2. terlepas juga rindu kat anak2....alhamdulillah...

    ReplyDelete
  3. banyak lebihan makanan flight tu kak sebab tak ramai orang....rejeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Malindo mmg berbaloi lah pada i. siap boleh tapau lagi u.

      Delete
  4. semoga anak-anaknya dilindungi dan dipermudahkan urusan menuntut ilmunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameennn ya rabbi.. sorry baru ternampak this post tak berjawab.

      Delete
  5. memang dah berjauhan rindu membuak2.. dapat lepas rindu lepas lama tak jumpa. suka Malindo jugak. kadang2 harga lagi murah dari AA ikut rezeki and nasib. senang tak payah fikir luggage. hehe.. =)

    ReplyDelete

cliks..cliks