Story on September 25, 2013 - Wednesday.
Ini cerita pasal shopping kami lagi. sebenarnya bukan lah shopping mana punn. it's more to nak ajak CiRah (my fourth sis) keluar and have bonding lah gamaknya. anyway, kalau ikut - ikut kan cerita shopping ni belum patut keluar lagi.. tapi ada dua peristiwa yang membuatkan i nak sangat keluarkan this N3..
cerita pasal ujian tahap kesabaran i tercabar pada hari ini.. i wont go into details lah.. inilah akibatnya jika kita terlalu menjaga hati semua orang dan mengambik sikap 'tak apa lah.' sehinggakan sampai satu peringkat tahap kesabaran kita diuji.. semuanya adalah disebabkan masalah attitude seseorang yang rapat dengan i.. sifat pemalas, sifat hasad dengki, sifat iri hati, sifat nak lebih dari orang, sifat nak curi perhatian orang yang ada pada seseorang ini lah yang membuatkan i rasa muak, rasa sakit hati, rasa geram dan segala macam perasaan yang i pendam pada dia buat sekian lama. dan pada tarikh ini lah segalanya meledak.. memang susah nak mendidik manusia yang dah besar panjang ni, malah boleh i cakap manusia tua bangka.. tapi yang penting bukan dari darah daging sendirilah..itu yang lagi susah.. habis semuanya i ledakkan. tapi i tak tau lah kalau segala kata - kata i pada dia tu boleh menyedarkan manusia pemalas ini.. tapi sekurang - kurangnya i rasa puas dengan tindakan i ni.. semoga akal yang ada pada diri dia ni membuatkan dia memikirkan tentang diri dia dan paling penting buat family dia.. itu pun kalau dia mau family dia bertahan.. hhhhh..YA ALLAHHHH.. tahap sabar i betul - betul ada pada tahap bawah kaki i.. tapi i memang berharap sekurang - kurang nya dia berfikir.. kalau tak, memang buang karan i 'berperang' dengan dia...hhh... ok lahh. i tak nak stress dengan benda - benda ni.. i tak nak aura negative yang ada pada diri dia tu effect to me. NO WAY....
baik i cerita pasal our outing..i love all my sisters. better cerita pasal my sisters.. darah daging i sendiri.. just wanna share with you guys, how close we are.. ini lah my sisters.. lepas i 'berperang' tu, terus we all singgah Secret Recipe,, i panazzz.. so kena cool down and had my coffee.. heee...
peluang CiRah outing. kalau tak memang susahlah sebab dia di Johor. kalau outing of coz dengan Hubby je kann.. tak sama lah kannnn..kalau outing with gurls..
Princess Aurora mintak kids burger ni..
Rupa Cornish pecah ni seolah - olah mengambarkan ledakan perasaan i. heeee...
lepas makan, terus window shopping.. melawat sekitar. we all actually went to Wangsa Walk.. my first time here. For me nothing much pun kat sini.. sorry lah ye. my point of view je.. tak sama macam kat Setia City Mall. more..
tapi tetiba termasuk ke area sini. waduhhh. gurls area..
tuan punya kedai ini ada dua shops.. macam - macam ada.. i terbeli dress ala - ala abaya. aduiiii.. tertawan sebab dress tu gak, plus tertawan dengan keramahan tuan punya kedai.. Anie..
siap bagi satu big ring to me as a gift. MASYALLAH.. it swept away my stress lah gitu.. kedai Anie ni sebaris dengan Secret Recipe.
sampai tertidur - tidur Little Ali.. kesiann..
hee..heee... ini lah kami "SISTERS"..
then lepas ni terus je balik rumah NekCik. sebab petang nya My Daddi and My Mommi plus CiRah's family dah nak balik JB.. i pulak rushed back to Shah Alam.. ada satu lagi peristiwa berlaku di sini. tapi i malas nak ceritakan. Maybe nanti one day i share with you guys...hhhhh.. letih kepala i.. letih badan..
rasa sesak sangat kepala, terus i ajak Chef CiJu ke Secret Recipe sekali lagi. sebenarnya i nak makan dessert.. tapi mana lah ada kedai dessert kat Shah Alam ni. so bedal je lah Turkish Indulgence tu.. hhh hilang sikit beban di kepala i ni..
tak cukup tu, i ngap Spring Roll ni pulak. heee. haru betul i ni kannn..
hhhhh. itulah cerita i satu hari ni. memang terasa sangat penatnya. sangat - sangat.. lepas dari ni, i bermohon pada ALLAH agar tahap kesabaran i dinaik kan.. tahap jadikan lah i orang yang lebih redha.. jadikan i orang yang lebih cool. tapi dalam masa yang sama i terfikir kalau i tak buat semua ni, siapa lagi. harap - harap semuanya ada hikmah.. ada pengajaran buat diri i jugak.. AMEEN..i dah nak balik rumah dah. malam tu i tidur sangat awal. 9.45pm dah atas katil. tapi tidurnya tak lena. pukul 1.30am terjaga, pukul 3.30am terjaga lagi. sampai kan last sekali at 5.00am.. maka terus lah i bangun. malas dah nak tidur. macam tak puas.. hhhh.. emotionally tired.. ok lahh. tak nak negative - negative dah. BE POSITIVE....lagipun hari ni hari Jumaat. i nak buat benda baik. heee