Kan dah mentioned dalam last N3 nak makan di Sari Ratu. So, lebih kurang pukul 14.30PM baru kitarang bertolak dari rumah menuju ke Subang Parade. Made a reservation earlier. Malangnya kami ditempatkan di bahagian bawah resto. Walaupun ada aircond, tapi stuffy lah.. We requested nak tempat kat atas. So, we had to wait about half an hour.
Sari Ratu Resto yang sudah mengamit.
Tempat makan di bahagian bawah bit stuffy. Ni while waiting tempat makan di atas.
Menu, as usual lah. Boleh tengok gambar - gambar makanan pada N3 yang lepas - lepas. Layan je lah gambar - gambar yang kat sini..
Telur Tauhu
Ayam Goreng Kampung
Rendang Ayam
Es Teller, i suka pasal banyak buah kabung dalam nya.
Teh botol.. Tapi ni yang dalam kotak tau..
Memang favorite place diarang.
My Mommy memang pengemar Ikan Gurame ni. Pasal My Mommy tak leh makan pedas - pedas..
Lepas makan, we decided window shopping. Saja bawak diarang ronda - ronda. Tak beli apa - apa pun diarang. I yang tersambar satu shawl.. Emm.. memang saja je..
CiLi sedang mengusha - usha.. Next month ye..
Basikal Roda Tiga.. Sempat lagi posing tu..
Diarang ni memang suka di bawak ronda - ronda. Nak senyapkan belikan aje toy yang murah2. Duduklah depa kat lantai tu.. Layannn...
Interframe kejap ye..
Tunggu sat Hubby layan CD kat port biasa, terus we went back. Sebelum sampai rumah, singgah warung tepi jalan beli goreng pisang for tea time. Sebelah tu ada gerai jual durian.. 'Anak - anak Sidek' terjerit nak kan durian.. I rasa sure mahal durian tu.. Hubby gave some money, i ajak my Daddi tengokkan durian tu..
"berapa sekilo, dik?", tanya i.
"tiga belas kak", jawab mamat tu..
"haahh.. mahal nya", jawab i balik..
"durian kampung kak, Baik punya."
Mamat tu terus bukak satu yang harga 13 hengget sekilo tu. I cubit sikit untuk rasa.
"eee..tak manis pun", i protes.
"kalau yang ni akak cakap tak manis, tak tau lah saya", balas dia mungkin dalam nada yang geram kot.
i jawab balik, " dik... memang lah manis, tapi manis buah.. Bukan manis buah durian". Geram i.. I cakap lagi..
"Dik, rumah akak kat kampung Permas Kelapa , Pontian, Johor tuuuu.. keliling rumah pokok durian. Ni haah(tunjuk kat my Daddi) tokey durian.." (bukan tipu..rumah My Daddi memang banyak pokok durian), jawab i geram.. Dia ingat i ni buta durian agaknya...
Then, dia jawab balik, "Kalau macam tu, akak tengok yang ni lah..(sambil tunjuk kat yang satu longgok lagi, RM18 sekilo)".
Bukak satu, terus i rasa, "ni lah baru durian.. Kalau yang tadi tu durian nak loko..". I tambah lagi..
" Dik, akak ni, bukak - bukak bijik mata (baru lahirlah), durian dah ada depan bijik mata", tambah i lagi.Memang saja i nak tambah statement ni.
Hangat dalam hati tadi tu.. ( kalau tak pasal anak - anak terjerit nak kan durian, sahih i tak lah beriya sangat nak beli). I rembat 3 biji yang RM18, tu. Satu yang dah dia kopek memula tu, then dia tambah satu lagi yang tak ada gred langsung tu. So, i spent RM100 for 5 ketui durian.. Huhh!! kalau kat kampung, berlambak - lambak bawah pokok.. Tak pe lah.. Niat dalam hati, tolong adik tu meniaga. Tapi seronok gak BAGI SEBIJIK DUA kat adik tu.. hee..Tengok ye aksi kitarang makan durian..
Kitarang makan kat luar rumah, atas deck depan kolam. Bentang tikar, makan reramai.. Setakat merasa je lah..Lebihkan bebudak.
Anak - anak i memang minat sangat dengan durian. Kitarang kena makan kat luar pasal ada yang tak makan durian dalam rumah i. Bibik pun tak leh bau durian.. Daripada dia pengsan, baik kitarang bedal kat luar terus buang kulitnya.. Eerrgggkkk.. alah hh bau durian lah... Ok..sat lagi nak pi rumah my sister, CiTi. Pindah rumah.. Nak get ready.. Chowwww...
